Sunday, October 30, 2011

Semoga Pilihanku Ini Tepat

Sejak 13 September hingga ke hari ini, Opah dan Tok Wan memilih kontraktor untuk membina rumah comelku di kampung.  Cina dan Melayu Opah dan Tok Wan temui.  Bawa dia orang tengok tapak.  Bagi pelan rumah untuk buat quotation.  Semua beri quotation.  Opah catat dalam buku.  Kebanyakan quotation tinggi.  Hairan Opah.  Semua beri alasan sama bila Opah tanya kenapa mahal.

Jawapan Semua : (senada)  Barang binaan naik harga. Harga besi naik.  Harga simen naik.  Harga tile naik!!!!!!!!

Opah geram dan tanya, "Apa yang tak naik"

Tok Wan dengan selamba jawab, "Hujan tak naik!!!!!!!"

Opah pun tertanya2.  Pak Menteri kata  belajawan 2012 adalah belanjawan untuk rakyat.  Betu;l ke?????? Bolehkah rakyat yang kerja sebagai petani, nelayan, pekebun, penoreh, pekerja kilang, buruh kasar dan segala2nya yang melata kat bumi ini boleh dan mampu buat rumah.

No wonder Pinjaman untuk Program Rumah Pertamaku telah naik harga dari RM200,000k ke RM400,000k.

RM314,000 (without pagar & grill) + tanah RM75,000k

RM400,000k+RM75,000k (tanah)

Ini harga rumah di kampung Opah.   Bak kata Nabil, 'Lu fikir la sendiri!!!!!!!!!"

7 comments:

  1. Kadang terfikir gov nak tolong rakyat atau nak mufliskan rakyat.Kalau rumah dgn harga tu beberapa kerat jer yg mampu.Rezza mmg tak mampu nak beli.

    ReplyDelete
  2. Tu la Rezza mereka yang berkuasa perlu berfikir secara ikhlas dan tidak ada self interest. Buat reserch yang teliti dan fikirkan kepentingan semua lapisan rakyat. Adakah kenaikan gaji seimbang dengan kenaikan keperluan hidup. Rakyat bukan minta banyak, senang hidup dan tak berhutang, itu dah cukup. Tapi hari ni pelik. Rakyat digalakkan berhutang!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. mak, kalo mau jimat ruang n kos.. wat satu hall yg ader penutup pintu mcm kat bilik study umah kita tu.. kalo nak guna emergancy, leh tutup.. kalo xmau guna leh bukak.. hehe

    ReplyDelete
  4. Mak buat bilik tidur mak luas. Ramai yang tak kahwin masuk tido bilik mak. Settle!!!!!

    ReplyDelete
  5. mcm ramai le sgt y xkawen mak oiii..den ngn cot je..pas cot kawen tgl ler den sensorg uhuk3

    ReplyDelete
  6. tumpang lalu...den pon lom kawen pa?

    ReplyDelete
  7. eleh..ko da sebelah kaki mau kawen..syuh3.. aku jek bujang trang tang tang

    ReplyDelete