Thursday, October 27, 2011

Tabung Haji

Opah ni kalau dah menyimpan, kadang2 sampai terlupa tempat simpan.  Nak rahsialah katakan.  Bukan apa, takut hilang.  Last2 hilang dalam simpanan.  Bukan sekali berlaku.  Dah banyak kali.......Isy3!!!!!!!!!!

Dulu kalau terlupa, bolehlah beri alasan, terlalu banyak yang nak difikirkan.  La ni apa lagi alasan nak beri.  Hari2 routine sama aje.  Bangun pagi pergi joging kalau tak hujan, atau berselimut atas katil kalau hujan.  Taiping (@Tepen- panggilan orang tempat Opah ni) bandar yang paling banyak hujan di Malaysia. Kadangkala hari2 hujan.  Sekarang ni musim hujan.  Kalau tak hujan pagi, petang. Kalau tak petang, malam.  Janji mesti turun hujan.........

Berbalik kisah hilang dalam simpanan.  Tengah orang dok sibuk buat Haji, Opah pula hilang buku tabung haji.  Mak oi bukan main gelabah Opah.  Tok Wan relax aje.  Macam nak marah juga Opah bila Tok Wan buat tak kisah.  Tok Wan pun dah mangli pase hilang dalam simpanan ni.  Esok2 jumpa la tu!!!!!!!!!!

Yang hairannya, buku tabung haji tu Opah simpan dalam   beg bersama gelang yang besar janggut udang tu.  Opah tak suka pakai barang kemas.  Tapi sekali sekali bila pergi kenduri kalau teringin pakai juga.  Rantai dan cincin ada dalam beg.  Puas Opah fikir.

Disebabkan buku tabung haji, habis dua almari buku Opah kemaskan.  Almari pakaian pun Opah kemaskan. Tapi masih tak jumpa buku tabung haji.   Mana Pergi???????? Tak mungkin Opah letak di bilik lain.  Mesti dalam Master Bedroom juga.  Semua beg dah periksa.  Tak cukup Opah periksa, Tok Wan tolong juga periksa beg.   Beg galas, beg laptop, beg pakaian, beg buku dan beg2..........

Dah macam2 doa Opah baca.  Tiap2 lepas sembahyang Opah berdoa supaya Allah temukan buku Opah tu.  Bukan buku Opah aje, buku Tok Wan, buku anak bongsu, buku bank dan duit raya anak bongsu yang disimpan untuk guna nak pergi melancong ke Sabah.  Habislah Opah kali ni.......... Tok Wan ajak pergi jalan2 relax pun dah tak ada mood.

Habis anak2 Opah tanya, kalau2 dia orang nampak di mana Opah simpan.  Jawapan semua sama, standard. "Mak tak pernah pun tunjuk buku tu kat kami"  Mana mak letak?"

Hari Deepavali, lepas makan nasi lemak yang Tok Wan beli, Opah masuk semula dalam bilik tidur.  Tak boleh jadi macam ni.  Opah ambil beg pakaian yang Opah gunakan semasa pergi meminang anak saudara Opah pada 9 Okt yang lepas.  Semua zip Opah buka, termasuk zip bahagian punggung beg.  Mana le tau.....Opah selok semua bahagian termasuk compartment yang paling kecil.  Nak ai..........kat sini rupanya.....
Tak sedar Opah keluar air mata.  Seronok tak boleh nak cakap..........ALHAMDULILLAH.  DAH JUMPA!!!!!!!!!!!

Terus ambil wuduk untuk sembahyang sunat...........................

6 comments:

  1. alhamdunillah..sile le plok cari pasport den pulok he3

    ReplyDelete
  2. Nadia: Dah jumpa pun dalam lipatan kain. Dah simpan
    Alya : Biasa la tu............

    ReplyDelete
  3. Buku hilang takpa Opah,jgn duit hilang menangeh tak berlagu Opah nanti hehehe.Syukurlah dah jumpa semula.

    ReplyDelete
  4. Hilang buku pun dah mula meleleh air mata.....

    ReplyDelete
  5. haha.. den buku report kad ade la.. kuikuikui

    ReplyDelete