Sunday, October 23, 2011

Tercapai Impian akhirnya............

Hari Rabu jam 8.30 pagi Opah, Tok Wan, Ucu (anak bongsu) dan Lang (kakak Opah) bertolak ke KL.  Kami guna jalan pesisir pantai, dari Taiping ke Teluk Intan dan terus ke Klang.  Bukan nak tengok2 pantai tapi anak Opah yang nombor 4 tu tertinggal telekung, sejadah dan novel.  Walaupun dia kata bawa dan tinggalkan di rumah kakaknya yang nombor 2, tapi Opah teringat juga yang dia terpaksa meminjam telekung kawan untuk solat.

Kami sampai kat kilang yang dilawatinya di Teluk Intan jam12.00 tgh.  Masa bersalam dengan Opah, bukan bau perfume yang Opah hidu, tapi bau minyak. Patutlah dia tak mau Opah cium.......busuk!!!!!!!!

Sampai KL hujan lebat.  Mata dah lah bercermin mata, hujan pulak.  Jawabnya banyak kalilah kena buat pusingan U.  Call anak sulung sebab dia bagi tau nak pindah rumah.  Rupanya pagi lagi menantu dah datang ambil barang2 yang besar.  Jadi settle............... Tuan rumah yang baru ni sikit punya sempoi..........mudah diajak berunding.....ALHAMDULLILLAH!!!!!!!!!!!

Hari Khamis jam 7.30 pagi Opah dan Tok Wan pergi konvo anak sulung.

Happy - akhirnya dapat degree


Opah dengan Tok Wan tumpang gembira.  Banyak betul onak duri yang perlu anak sulung Opah lalui untuk dapat segulung ijazah.  Alhamdulillah, tercapai juga hasratnya.  Tahniah!!!!!!!!!

Kak Cik dan Ucu


Opah & Tok Wan tumpang gembira (teringat zaman Opah)

Lepas konvo Opah ajak Tok Wan dan family round UPM.  Bukan apa nak tengok tempat2 Opah melepak waktu belajar kat sini.  Jauh berbeza.  Dah makin berkurangan hijaunya...........

1 comment: