Wednesday, November 23, 2011

Bermulanya Era Membina Kediaman Baru

Sudah lama Opah tidak bercerita tentang kediaman baru Opah.  Susah benar nak buat rumah.  Selama ni Opah hanya tengok kawan2 bina rumah. Bila Opah pergi untuk house warming, Opah selalu rasakan, seronoknya dapat tinggal di rumah baru.  Itu dulu!!!!!!!!

Bila kita nak buat rumah, baru kita sedar senang susahnya.  Tapi yang menariknya,  Opah dan Tok Wan sentiasa sibuk membina impian.  Bilik Opah dan Tok Wan, nak begini dan begitu.  Yang seronoknya Tok Wan. Kalau selama ini Tok Wan tak banyak bercakap, sekarang asyik bercerita rumah impiannya.

Sebelum pergi KL, Opah dan Tok Wan round tapak rumah baru.  Macam lawatan selamat tinggal aje.

Teng3 ..dah ada papan utk binaan

Hari ni..dah sampai alat utk piling (nama tak tau.........)

Esok, Opah dan Tok Wan akan jumpa kontraktor.  On phone, kontraktor cakap nak mula bina pagar.  Harap2 esok hari Khamis bermula operasi membina rumah.  Yang seronoknya, benda ini dihantar tepat pada hari anniversary Opah dan Tok Wan yang ke 31 tahun.  Hadiah anniversary!!!!!!!!! Alhamdulillah.

Jam 6.30 ptg, Opah, Tok Wan dan anak bongsu Opah celebrate anniversary di kedai En. Adam berhampiran Balai Polis Simpang,  Anak2 yang kerja tak balik.  Masing2 nak balik hujung minggu ni.  Jadi awal2 anak2 dah phone dan ucap selamat ulang tahun perkahwinan.  Opah tanya dia orang, apa hadiah.  Masing2 beri hadian senyuman yang manis.  

Dalam keletihan setelah menghantar benih buluh madu ke tapak rumah, kami order

5 minuman utk 3 orang

Sup Ekor - bagi strong

Ikan Kembung Masak 3 Rasa (Ikan Siakap Opah tak makan)

Udang  Tepong - fouvarite anak bongsu

Telur Bungkus

Kailan Ikan Masin

Tok Wan dipaksa senyum oleh anak bongsu - mak ai sebeban gigi.  Mata pejam.  Ambik kau!!!!

Dahaga Tahap Gaban - Teh & Limau

Sampai rumah, sembahyang maghrib dan ready tonton bola - Harimau Malaya vs Syria.  Malang kita tewas 0 - 2.  Apa pun tahniah pada pasukan Malaysia, walaupun semasa second half agak kucar kacir permainan mereka.  Letih agaknya.

No comments:

Post a Comment