Thursday, November 17, 2011

Doa Buat U n Family

Jam 4.26 petang 16.11.2011, Opah menerima SMS daripada nombor yang tidak Opah kenali.  No akhirnya 6468 dan kod awal 9665.  Mesej yang diberi membuat Opah bergenang air mata.

" Assllmkum.  Tiba2 teringat kat u.  Sdg dlm masjid di Mekah.  Doa buat u n family"

Alhamdulillah! Rupanya masih ada kawan sekerja Opah di Putrajaya yang sedang menjadi tetamu Allah teringatkan Opah dan mendoakan kesejahteraan Opah  ketika ia berada di tanah suci.  Sayu Opah membaca mesej yang diberikan.

Opah masih teringat ketika bekerja di Putrajaya.  Kawan Opah ni biliknya di tingkat 3, manakala Opah di tingkat 5.  Kami ditakdirkan  berada dalam Sektor yang sama.  Kerana biliknya bersebelahan dengan bilik Bos, maka keraplah ia menjadi kambing hitam.  Bos perempuan memang tak senang dengan orang bawahan perempuan.  Ada saja yang tak kena.

Banyak suka duka yang dikongsi bersama semasa bekerja di Putrajaya.  Apa yang dapat Opah nasihatkan adalah banyak2 bersabar.  Kadangkala orang yang punya background agama, belum tentu dapat menghayati ilmu yang ada padanya.  Itu adalah ujian bagi diri Bos sebenarnya, bukan ujian pada kita.  Kiranya ia tidak sedar, satu hari ia akan menerima balasan.  Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan sentiasa mengkabulkan doa insan yang teraniaya.

Opah doakan sahabat Opah ni selamat kembali ke tanah air.  Amin!!!!!!!!!

2 comments:

  1. salam opah....sy setuju dgn statement opah part yg ini.."Kadangkala orang yang punya background agama, belum tentu dapat menghayati ilmu yang ada padanya. Itu adalah ujian bagi diri Bos sebenarnya, bukan ujian pada kita. Kiranya ia tidak sedar, satu hari ia akan menerima balasan. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan sentiasa mengkabulkan doa insan yang teraniaya".

    ReplyDelete