Monday, November 7, 2011

Jem.....................

Tadi Opah dan Tok Wan hantar anak nombor 4 Opah ke Tol Changkat Jering.  Anak Opah tumpang kereta kawan dia untuk balik KL. Dari rumah Opah ke tol, hujan lebat.  Tok Wan macam biasa, tak hujan ke, hujan renyai2 ke atau hujan lebat ke, bawa kereta contant laju.  Jantung Opah dub2 dub2..........pendek umur Opah dengan cara pemanduan Tok Wan.  Lagi tegur lagi menjadi.  Baik diam saja.

Sampai tol, kereta dah berderet macam orang nak beli tiket bola.  Mak oi!!!!!!  Teringat Opah kenangan lama waktu Opah berulang alik ke Putrajaya.  Pernah Opah bertolak dari Tepen pukul 5 petang, sampai Putrajaya jam 2 pagi.  Hari ni tak tau la pukul berapa anak Opah nak sampai Sunway.

Yang Opah sedih bukan apa.  Guna highway, jalan macam siput.  Siput pun laju sikit.  Yang lagi menyampah, pemandu yang tak sabar.  Tak ada etika.  Jalan ada dua atau tiga lane, driver jadikan empat lane.  Mana nak boleh laju.  Kalau masing2 patuh pada peraturan jalanraya, insyaallah kuranglah jemnya.

Malaysia ni negara yang terkenal dengan rakyatnya lemah lembut dan berbudi bahasa.  Pelancong dari negara luar respect orang2 Malaysia bila bercakap, membantu dan macam2 lagi.  Tapi!!!!!!!!! bila sampai bab memandu, rakyat Malaysia hilang budi bahasanya.  Negara kita dapat nombor corot.  Macam mana ni????????

Ni Opah nak pesan pada diri Opah, Tok Wan dan anak2 Opah.  Kalau memandu tu janganlah ikut nafsu.  Ingat2lah orang tersayang yang menanti kepulangan kita!

Ingat ya anak2 Opah

ce tengok - bear pun pakai tali pinggang

Usah masuk geng pemanduan begini

Yang penting - Jangan lupa doa

3 comments:

  1. Bab pemandu tak berdisiplin tu memang banyak sgt dijalan raya.Biasanya dalam jem pun dorang nak cilok sana cilok sini...tetapi sama jugak sampainya.

    Mmg pelancong terkejut tgk kelakuan rakyat Malaysia bila memandu.

    ReplyDelete
  2. alah...bwk laju baru lah adventure...hehehe

    ReplyDelete