Tuesday, November 22, 2011

Kerana Bola Sepak..............

Hari ni tamatlah sudah Sukan SEA.  Macam2 dipertandingkan.  Tahniah! Malaysia menduduki tempat keempat dengan 59 pingat emas.  Indonesia, jangan katalah.  Kan dia orang tuan rumah.  Tuan Tanah Kedayung, mestilah dapat ratus2 pingat emas, kalau tidak malu le.  Nak dapat, tak kiranya apa cara sekali pun, janji dapat.

Sukan ni sebenarnya bertujuan untuk merapatkan perhubungan antara kaum, bangsa, negara dan agama.  Menang kalah tu adat bertanding.  Yang penting, pertandingan tu biarlah bersih.  Ini tidak.  Masa bertanding, sentimen rakyat Indonesia terhadap Malaysia ditunjukkan.

Hari ni Opah nak cite tentang sukan bola sepak.  Tok Wan memang kaki tonton bola sepak.  Zaman muda2 dulu, Opah dan Tok Wan siap pergi tengok match bola sepak kat padang. Bawa semua anak bila pergi.  Masa tu tak ingat, anak kecik ke, sekolah ke, janji dapat tengok bola sepak.  Pergi petang, balik tengah malam.  Yang anak2 Opah pula, buat penangan kecik2 tengok bola sepak, sampai sekarang semua suka tengok bola sepak,  Standard la tengok bola sepak secara live, tapi anak Opah ni semuanya pompuan.

Hari Isnin semalam, Opah dengan Tok Wan pergi KL.  Kami pergi hari Sabtu.  Tidur 2 malam kat KL.  Hari pertama kenduri, hari kedua - urusan di Bahagian Pinjaman Perumahan.  Waktu pagi tu Opah bengang betul. Dari 23 September 2011, surat dah dihantar untuk tahu baki hutang, sampai 19.11.2011, pegawai kat sana tak boleh bagi jawapan berapa bagi hutang.  Itu baru part nak bayar hutang.  Heran Opah!  Pegawai muda - cik lagi, tapi kerja punya la slow macam siput sedut (nasib baik boleh sabo lagi, kalau tidak dah sebut Siput xxx)

Jam 11.30 pagi baru settle.  Hajat nak jumpa pegawai slow tak kesampaian.  Pagi call ada.  Nak jumpa dah hilang.  Betul2 macam biskut cipsmore.

Nak tenangkan hati, Opah dan Tok Wan lunch dengan anak nombor 2 dan 3.  Anak Opah bawa makan kat Terminal Cyberjaya.  Makan ikan bakar.  Anak Opah yang nombor 3 ni dapat husband yang tak suka makan ikan.  Jadi kerapla mak cik ni makan daging dan ayam saje.  Bila ada peluang makan sama mak bapak dia, apa lagi dia tibai makan ikan keli.  Berlinang dalam pinggan ikan keli bakar complete dengan sambal.

Lepas hantar anak nombor 2 balik Ofis dia, Opah dengan Tok Wan balik ke Sungai Besi, rumah anak pertama untuk mandi dan sembahyang.  Tok tek tok tek, jam dah tunjuk pukul 3 ptg.  Opah dengan Tok Wan bertolak balik jam 3.30 ptg.  Cepat balik takut tersangkut jam kat KL,

Masa balik, Tok Wan bawa kereta macam nak masuk Formula 1.  Opah kata slow sikit, Tok Wan slow seminit, kemudian laju balik.  Opah kata ada RM300 ke dalam poket.  Faham pula Tok Wan, slow sekejap, lepas tu laju semula.  Meluat, plus menyampah plus boring tengok perangai Tok Wan yang memandu macam orang muda.  Dalam dok membebel, Opah teringat, jam 8 malam ada football match - Malaysia vs Indonesia (final SEA games).  Patutla laju

Last2 Opah teringat perangai anak Opah nombor 3 yang sentiasa tidur bila berkereta bersama suami.  Opah pejam mata tinggalkan Tok Wan sorang2 drive.  Bukan tak kesian Tok Wan tak ada teman nak berbual, tapi Opah kesian kat jantung Opah yang terpaksa pam laju2!!!!!!!!!!!!

Sampai Tepen jam 6.30 ptg.  Pandai Tok Wan memandu.  3 jam dari Sungai Besi ke Tepen.  Berhenti sekali untuk ke tandas dan isi minyak.  Jam 7.00 ptg bising nak tengok channel 801.  Jam 8 mlam - 2 YB tersandar menonton Malaysia vs Indonesia
  .

Lautan Penonton Indonesia - Stadium Jadi Merah

Tengok Sapa Hebat

Hapi - Dapat dulu gol pertama

Sepakan Penalti - Khairul Berjaya Sekat: Menang 4-3

Bila Kalah - Merusuh
Kesan - 2 Meninggal & 1 Koma

Syavas Pasukan Harimau Malaya!!!!!!!!!!.  Bangga Opah dengan kematangan dan sikap profesional yang ditunjukkan.  Kental semangat walaupun terpaksa naik Barracuda.  

Walaupun hapi dengan kejayaan Malaysia tapi jauh di sudut hati,  Opah sedih melihat gelagat penonton yang fanatik. Disebabkan nak tengok bola - dua orang mati terpijak dan seorang budak koma akibat terjatuh. Opah hairan kenapa penonton bola sepak boleh hilang fikiran. Kes macam ni bukan  di Indonesia saja, malah seluruh dunia.  Bila sampai bab bola sepak, orang lupa diri!!!!!!!!!!

APA NAK JADI!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment