Wednesday, November 23, 2011

Majlis Perkahwinan Anak Yati & Fahmi

20 Nov 2011, majlis perkahwinan anak saudara Opah di Dewan Gemilang, Felda, Petaling Jaya.  Hebat tempatnya.  Cuma dewan terletak di tingkat 2. Tercugap juga Opah nak sampai ke dewan.  2, 3 minit Opah tak boleh bercakap.  Nasib baik belum ada tetamu yang sampai

Opah dgn Sepupu Opah ( bonda mak pengantin)

Anak k4 Opah (tengah)

Nampak tak anak ke 4 Opah tu buat mulut.  Opah usik dia sebab kak ipar Opah asyik dok cakap bekas tunang anak dia.  Lelaki yang duduk di sebelah anak Opah tu anak tunggal abang Opah.  Macam mana kata bekas tunang, bertunang pun tak pernah.  Isy3!!!!!



Abang Opah, Anak Saudara dan Tok Wan

Anak saudara Opah ni sakit.  Kadangkala bila datang sakit, dia tak boleh berdiri.  Berjalan macam melayang.  Terpaksa bertongkat.  Kebiasaannya, dia tak keluar rumah.  Tapi bila isteri dia call kata Opah dan Tok Wan ada kat majlis, dia datang juga dibawa oleh anaknya.  Anak saudara Opah ni kuat bekerja.  Pernah menjadi Financial Advisor pada Sultan Johor.  Bila sakit, ramai kawan2 terutama daripada kaum Cina yang datang membantu.  Terkejut Opah bila isteri dia bagi tau.

Opah & Tok Wan (sedondon U)

No comments:

Post a Comment