Friday, November 18, 2011

Orang Tua2 Kata Tanda Nak Dapat Duit

Orang tua2 zaman dahulu Opah fikir prihatin, pemerhati, sabar, bijak sana dan bijak sini.  Banyak kata2 mutiara hasil pemikiran orang dahulu kala.  Orang tua2 dahulu kini macam Opah ni dah kurang memerhati dan bijak sini. Peribahasa dihasilkan atas pemerhatian.  Kalau bab ayam, kita ada kaki ayam, juling ayam, hangat2 tahi ayam, ayam kapur.  Itu dulu.  Kini kita ada juga ayam tapi ayam KFC, McDonald, Sugar Bun, ayam pencek, nasi ayam dan macam2 ayam termasuk anak ayam, emak ayam dan bapak ayam.

Itu baru bab peribahasa, tak masuk lagi bab tahi lalat.  Tahi lalat kat bibir, kata kuat bercakap.  Tahi lalat atas hidung, dah tentu hidung belang.  Tahi lalat kat tapak kaki, jauh perjalanan (Opah tengok kat kaki Opah tak ada pun tahi lalat)  Nanti bila anak2 Opah balik, Opah nak check, deme ada tak tahi lalat kat tapak kaki.  Tahi lalat kat jari telunjuk, asyik nak memerintah.  Tahi lalat antara dua gunung, suami sayang ( ini opah setuju!) dan paling orang tak suka, tahi lalat kat tangan berhampiran bahu, tanggung hutang. (betul ke???????)

Banyak lagi tentang tahi lalat.  Orang tua2 dulu juga banyak pantang larang.  Kalau anak dara nyanyi kat dapurdapat suami tua.  Lalu bawah ampaian, sial.  Bangun tengah hari, sial orang datang kat kita. Tidur waktu petang sampai maghrib, malaikat lari.  Bersiul waktu malam panggil ular.  Duduk atas bantal, tumbuh bisul ( sekarang ramai yang duduk atas bantal, tak tumbuh bisul pun!!!!!!!)

Dah jauh melalut Opah ni.  Waktu Opah jadi cikgu, sah Opah kata, karangan keluar tajuk.  Apa taknya.  Tajuk Tanda Nak Dapat Duit tapi cerita sampai bab ayam le, tahi lalat le dan pantang larang le.

Sebenarnya Opah nak cerita tentang habit Opah kebelakangan ni.  Sejak dah jadi YB (Yang Bersara).  Sudah dua tiga kali, Opah keluar rumah pakai baju terbalik atau tudung terbalik.  Kalau tudung tu, kira ok le, sebab mudah boleh betulkan.  Tapi kalau baju, kain atau seluar.  Alamak!!!!!!

Dalam 2, 3 kes yang lalu, Opah sempat betulkan.  Selamat.  Tapi hari ni, Opah malu besar.  Jam 6.15 ptg, Opah dan Tok Wan ke rumah baru menghantar barang.  Opah belum pindah sepenuhnya.  Seperti biasa, Opah tutup pintu, buka pintu. Baik rumah lama mahupun rumah baru.  Di rumah baru, Opah dan Tok Wan sembahyang maghrib.  Balik singgah di kedai makan.  Punya la terang benderang kedai 1Malaysia ni.  Masa tengah order makanan untuk dibungkus, Opah nampak budak yang ambil order senyum.  Amboi! baiknya budak ni.  Boleh buat menantu.

Nak jadikan cerita, benang baju Opah tersangkut di beg tangan.  Alamak!!!!!!!!!!!

Opah terus bayar dan jalan masuk kereta.  Tok Wan dalam kereta tanya, mana nasi?
Opah tanya Tok Wan tak nampak ke ni?
Apa? Rantai tangan!!!
Ni!!!!!!!! Baju ni!!!
Awat??????
Loooo......TERBALIK!!!!
Ok la tu.  Orang tua2 kata, yang nak dapat duit!


Mak oi!!!!! relaxnya Tok Wan.  Mari kita tengok betul ke nak dapat duit.  Kalau esok tak dapat duit, jaga bang!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment