Sunday, November 6, 2011

Panggilan Baitullah..........

Hari ni umat Islam menyambut Aidiladha.  Selepas sembahyang sunat Aidiladha, Opah, Tok Wan dan dua anak dara nombor 4 dan bongsu beraya ke rumah abang Opah.  Kami tengok banyak lembu yang tumbang.  Tahun ini ramai yang melaksanakan korban.  Alhamdulillah.

Bergenang air mata Opah memikirkan bilakan Opah dan Tok Wan dapat menjadi tetamu Allah.  Sekarang ni susah benar untuk ke tanah suci.  Bulan Julai tahun ni, Opah daftarkan anak2 Opah yang belum berkahwin untuk ke tanah suci.  Terkejut Opah, tahun 2040 baru anak2 Opah dapat pergi haji.  Anak bongsu Opah pada masa tu dah berumur 45 tahun.  Bayangkan kalau dah mula kerja baru nak daftar, alamat dah lepas pencen, belum tentu dapat pergi.

Baru sebentar tadi, Opah menonton drama Panggilan Baitullah.  Bagus drama tu, lakonan Eizlan Yusuf, Fahrin Ahmad dan Liza Abdullah.  Kisah seorang Tuan Haji yang akan  ke Mekah buat ke 12 bersama isteri.  12 kali ambil haji.  Umrah entah ke berapa kali!!!

Kat kampung Opah, ada juga jiran Opah yang dah dua tiga kali pergi Mekah.  Yang hairannya,  sepupu Opah dah dua kali pergi Mekah ditaja  atas tiket ketua kampung.  Baru2 ni Pak Menteri pun dah annouce akan menaja lebih ramai ketua kampung ke tanah suci.  Niat suci tu memang bagus, tapi sekali pergi sudahlah.  Kalau dah sorang asyik pergi dua tiga kali, macam mana pula dengan orang lain.

Nak pergi Mekah ni bukan macam pergi melancong.  Persiapan fizikal, mental, rohani dan emosi perlu mantap.  Bila balik dari Mekah, biarlah diri berubah ke arah kebaikan.  Jangan hanya sekadar nak kan title haji dan hajah saje.  Perkara yang wajib dalam Islam, patuh le!!!!  Jangan jadi macam Tuan Haji dalam drama Panggilan Baitullah, kerap pergi haji.  Tapi bila nak berderma masih dah orang ramai tahu.  Nak dapat nama.  Nak masuk dalam surat khabar.  Tu  Tuan Haji.  Yang Mak Haji pula sibuk bergosip.   Aurat tak ambil kira.

Sebenarnya kalau kita aje yang naik haji, orang lain macam mana pula?  Ok le kita banyak duit.  Kalau ia pun janganlah kejam.  Mentang2 kita banyak duit, orang lain tak perlu pergi Mekah.   Opah rasa orang ini  kejam.  Mana tak kejam.  Orang ni lebih mementingkan diri sendiri. Dia sorang aje nak jadi tetamu Allah.

Orang lain pun  teringin juga nak tawaf Kaabah


Nak  melontar!!

nak Bermalam di Mina

Nak Wukuf di Padang Arafah!!


Pak menteri dan kome yang masih berkuasa kat atas sana, tengok2kan lah!!!!!!!!!!!

2 comments:

  1. Opah..sy ada kwn sebaya ngan sy..dah pegi mengerjakan haji dua tahun lepas..atas alasan ipar dia berkerja di Tabung Haji kira berjawatan beso la...

    ReplyDelete
  2. K Ham : Yang ada saudara mara boleh le....macam Opah ni nampaknya kena ikut laluan panjang

    ReplyDelete