Saturday, November 12, 2011

Pase ape mak tinggal Zuri??????

Hari ni jam 10.30 pg Opah dan Tok Wan keluar rumah untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan Opah di Ipoh.  Masa pergi jem berhampiran exit Kuala Kangsar.  Jadi Tok Wan buat keputusan ikut jalan lama.  Balik ikut highway.  Tapi masih terperangkap dalam jem di Bukit Berapit.  Apalah malang.  Pergi jem, balik pun jem.

Sampai ke majlis kenduri kedua di Simpang jam 3.00 ptg.  Nasib baik majlis belum selesai.  Sambil menjamu selera dapatlah Opah dan Tok Wan berbual dengan tuan rumah.  Maklumlah dah tak ramai orang.

Masa balik Opah dan Tok Wan singgah rumah kawan Opah yang mengajar di sekolah sama semasa baru2 keluar latihan.  Anak dia nak kahwin pada 26 Nov ni.  Mak cikgu, anak pun cikgu.  Sembang punya sembang, dia bercerita yang dia tiba dari KL jam 1 pagi.  Tok Wan pun tak mau kalah, bagi tau yang kami sampai jam 7 mlm.

Kawan Opah cite masa dia sampai kat Gua Tempurung, dia terlanggar kayu besar.  Dia tak nampak.  Bila terlanggar, dia dengar bunyi macam benda terseret atas jalan.  Terus dia berhenti tepi jalan.  Rupanya dah ada orang yang mengalami masalah serupa.   Sebuah kereta berhenti di depan dan  tak lama kemudian, sebuah kereta berhenti di belakang.  Kawan Opah pun turun nak tengok apa yang dia seret.  Dalam gelap, dia nampak side skirt kereta dia jatuh.  Dia tolak semula side skirt tu.  Settle. Masuk kereta terus pecut.  Sapa nak tunggu lama kat Gua Tempurung yang gelap gulita dan terkenal dengan tempat kerap accident.

Lebih kurang 2 km dari tempat , telefon anak jantan dia yang dicharge di kereta berbunyi.  Kawan Opah ambil dan hulur phone ke belakang.  Hairan dia.  Kenapa anak dia tak ambil.  Tidur sampai macam mati. Kawan Opah panggil anak dia.  Diam.  Tak lama kemudian, lagi sekali telefon anak dia berbunyi.  Belek depan belakang, tak tahu nak tekan mana.  Dalam dok pusing2 pegang phone tu, terdengar suara salam.  Kawan Opah jawab.  Orang dalam phone tanya, "Mak cik, ada tinggal anak tak depi jalan?"  Cepat2 kawan  Opah laki bini tengok belakang.   Suami dia tanya, "Zuri Mana?  Dia turun ke tadi?"

Terkejut beruk dia orang!!!!!!!!! Dia kata rasa macam jatuh dalam laut.  Tak ada pelampung dan tak nampak daratan. Cepat2 suami  dia reverse kereta.  Dah tak ingat bahagian kiri tu gaung dalam.   Silap reverse masuk gaung.

Anak kawan Opah tu bukannya budak sekolah rendah, tapi dah masuk universiti.  Kalau ketek tak apa la, ini tinggi hampir 6 kaki.  Orang tu bagi tahu, anak kawan Opah tu jauh di belakang, hampir 2 km.  Dia orang tak dapat bawa, sebab kereta dia orang penuh.  Dalam dok reverse tu, dtg sebuah kereta lagi.  Bagi lampu tinggi. Kawan Opah buat tak tau.  Dia terus reverse.  Nasib baik  anak dia tepuk cermin kereta..  Buka aje pintu kereta, kawan Opah dengar, "Pase ape mak tinggal Zuri?????"

Kau!!!!  macam mana nak jawab.  Itu bukan sengaja buang.  Itu tertinggal.  Macam mana pula kalau anak yang kita buang di tepi longkang, di tangga masjid, di depan rumah orang, di tepi parit, dalam toilet atau di mana saje, bila besar tanya kita, " Kenapa mak buang saye???"

Satu lagi,  mak, bapak  jangan selalu take things for granted. Bila emergency tu, belajar2 lah bersuara.  Tengok la kiri kanan, depan belakang sebelum bergerak.  Kalau ada orang beri lampu tinggi berkali2, slow kereta.  Mana tau, kalau2 ada orang nak minta pertolongan.  Yang dalam kereta pula sepanjang perjalanan, jangan diam membatu sahaja atau tidur.  Driver tu nak juga ada kawan bercakap.  Belajar2 berbual anak beranak.  Inilah masa nak bermesra U.................

2 comments:

  1. ahaks..ha..ha..macik leha tertinggal anak ker? tinggal anak die kt akk jela..hdsome tu :P

    ReplyDelete
  2. haha..jgn mak lak tingai ucu sudah..hee

    ReplyDelete