Wednesday, November 30, 2011

Selamat Tinggal Bungaku!

23 Mei 1984 Opah dan Tok Wan berpindah daripada kuarters Penjara ke rumah bangalow di Kota West.  Waktu tu Opah dah ada 3 puteri.  Masa pindah Opah dalam pantang 17 hari anak ketiga, Kak Cik.  Kami puasa suami isteri, tapi masa hari pindah, terburai puasa kami suami isteri.  Barang yang dibawa tak banyak, hanya separuh lori penjara.  Yang hantar rakan2 Tok Wan.  Yang penuh hanya pokok bunga.

Pada tahun 1987, mak mertua Opah balik semula ke Simpang 4, Alor Setar setelah duduk bersama Opah selama 4 tahun.  Mak mertua Opah balik setelah sakit teruk dan doktor katakan tidak ada harapan.  Anak2 minta dia balik ke Alor Setar/

Banyak kenangan indah dan sedih di rumah ini.  Opah lahirkan anak keempat Opah, Alya di rumah ini.  Dalam bilik master bedroom, ditemani mak  dan nurse plus dua tiga anak duduk atas katil tengok mak dia orang bersalin.  Masa tu buah manggaharum  manis berbuah lebat di hadapan rumah.  Selama 15 hari jururawat desa berulang alik datang check anak dan mak.  Masa tu dilancarkan Kempen Bersalin Di rumah.

Semasa di rumah ni juga Opah menyambung pelajaran ke Universiti Pertanian Malaysia (UPM).  Sekarang dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.  Orang tua belajar, tiap2 minggu balik rumah.  Bukan apa check suami.

Di rumah ini juga Opah dan Tok Wan pernah konfrantasi besar.  Gara2 Tok Wan bawa masuk kawan dalam bilik tidur.  Bilik tidur Opah, hanya untuk Opah dan Tok Wan sahaja.  Tetamu tidur bilik lain.  Kalau bilik satu tak apa, ini ada 5 bilik lain lagi.  Kenapa tak tidur situ.  2 hari Tok Wan merajuk, keluar rumah bawa kak cik.  Hari ke 3, sampai balik rumah dengan kakcik.

Tok Wan buat pertama kali merotan anak pun di rumah ini.  Masa tu, kakak, Nona, kakcik tak pergi mengaji Quran.  Yang seronoknya, dia orang duduk belakang pagar dan bersembang.  Budak bersembang, tau saja la.  Bukan tau jaga volume.  Opah dengar.  Jegok.  Sah!! anak2 Opah tak mengaji Quran.  Tok Wan tengah tido.  Opah marah nak pukul, dia orang main polis sentri pula dengan Opah.  Jalan pintas, gerak Tok Wan tengah tido, suruh ajar anak2 dia.  Main polis sentri dengan Tok Wan, kalah lah!!!!!!!!!!
Malam Opah dengan Tok Wan menangis tengok bekas rotan.

Tahun 1991, tahun yang menyedihkan kerana mak Opah meninggal di rumah ini.  Mak Opah stroke selama dua minggu. Dari rumah ini, Opah bawa jenazah mak Opah dan dikebumikan bersebelahan ayah Opah di Matang.

Kesedihan kehilangan mak Opah, membuatkan Opah dan Tok Wan berhijrah ke Miri Sarawak.  Opah tukar profesion sebagai pensyarah maktab.  Kami tinggal di Miri selama 4 tahun dari Jan 1994 hingga Dis. 1997.  Rumah kami minta kawan Tok Wan tolong tengok2kan.

25.12. 2009, Opah kahwinkan anak kedua Opah di rumah ni.  Nikahnya dilakukan di rumah dan kenduri di Dewan Bandaran Taiping.  1.5.2010, sekali lagi Opah nikahkan anak ketiga Opah di rumah ni.  Sayang anak ke 4 Opah tak dapat dinikahkan di rumah ni. Tapi tak apa, pasangannya datang merisik dan letak tanda pada 16.10.2011, di rumah ini, rumah kelahirannya.  Nikah nanti, kita buat kat rumah baru, ya Cik Liya!!!!!!!!!!

Kalau Opah nak cite, nanti jadi cerita 1001 malam.  Opah tangguh dulu sebab Tok Wan dah macam kucing nak beranak, ke hulu ke hilir, ajak Opah pergi makan malam.

Esok Opah masuk bab 2 plus gambo

2 comments:

  1. Rumah lama byk sungguh kenangan...rumah baru semangat pun baru..org jer yg lama.

    ReplyDelete
  2. Memang betul Rezza!!!! Nak buat macam mana. Bila tua kita perlu berada dalam zon selamat.

    ReplyDelete