Tuesday, November 1, 2011

Seronoknya Berkawan Masa Dulu

Semalam Opah dan Tok Wan pergi tengok pekerja piling rumah di Lorong 10 dekat rumah Opah.  Opah pergi situ sebab Opah dah pilih kontraktor yang sama untuk buat rumah Opah.  Sambil tunggu kontraktor sampai, Opah dan Tok Wan berbual kosong dengan pekerja.  Tok Wan masuk tengok site.  Opah YB kena tunggu bawah shade.  Panas tu..........

Masa Opah dok tengok hala pekerja, Opah nampak Tok Wan bukan main lagi bersembang dengan seorang tauke Cina.  Tak lama kemudian, dua2 jalan nak jumpa Opah.  Apa lagi la yang Tok Wan bincang dan nak suggest untuk rumah baru.  Naik pening Opah dengan suggestion Tok Wan.

Opah :  Abang Oi!!! Jangan dok suggest itu ini, mati duit tak cukup!!!!!!!!

Bila sampai, tauke Cina tanya soalan cupu mas.

Tauke : Kamu orang mana?  Orang Matang ke?  (belum jawab sudah dijawab)
Opah :  Ya (pendek sebab Opah tengok dia dah mula buka mulut semula)
Tauke :  Itu le saya dari tadi tengok U.  Rasa macam kenal.  U duduk Hujung Matang.  Saya punya rumah itu dekat rumah Manaf
Opah :  Ooo.....(berapa panjang oo)  Dulu kecik main depan kedai Cina Hujung Matang

Tu dia.... Kami cite panjang tentang zaman kanak2.  Geng Melayu dan geng Cina main sama2.  Buku komik Cina kerap Opah pinjam daripada geng Cina.  Bukan reti baca tapi tengok gambar dah boleh faham cite.  Hari raya, pagi2 buta dia orang dah sampai.  Nak makan lemang.  Tahun Baru Cina, kami geng Melayu yang paling sibuk main bunga api, mercun dan meriam buluh.  Masa tu tak ada pula geng kami yang putus tangan atau buta mata.  Budak masa tu tak kreatif.  Main yang dah sedia ada saja..........

Masa tu tak payah nak cakap tentang perpaduan macam hari ni.  Automatik kami dah berpadu.  Ada masa geng Cina sempat ikut pi surau waktu bulan puasa, makan more.  Yang seronok YB Cina pun datang bila ada kenduri kendara.  Bukan setakat kenduri kahwin, kenduri kesyukuran, kenduri cukur jambul pun sampai.

Kalau sampai musim wayang opera Cina, Opah lepas maghrib dah sampai bawa tikar mengkuang kecil, duduk bersila tengok wayang sambil makan kacang atau jagung.  Bukan sekejap, sampai habis cite.  Kat sekolah pun sama.  Kawan2 Opah pelbagai kaum, Melayu, Cina, India, Pakistan, Penjabi dan kacukan.  Makan - semua sapu janji halal.  Opah duduk sebelah Cina - konon nak pandai cakap Cina.  Tak juga sebab kami dipaksa cakap orang putih.  Nasib baik boleh sepatah dua...........

Sekarang ni macam2 program ada untuk wujudkan PERPADUAN.  Guna duit ribu2.  Wujud ke??????  Waktu Opah kerja, kalau ada mesyuarat ke, seminar ke - geng Melayu duduk satu group, geng Cina satu group dan geng India satu group.  Bunyi riuh Melayu, Cina dan Tamil.  Yang ni orang yang kononnya maju dan penyedia program.  Yang murid pula, waktu sekolah sama.  Di kantin, Melayu satu sudut, Cina satu sudut dan India satu sudut.  Bahasa- ibunda masing2.  Dalam kelas pun sama- Melayu duduk dengan Melayu, Cina sama Cina dan India sama India.  Bila mau berpadu maaaaaaaaa..............

Kenapa tak boleh?????????? Sebab manusia hari ini sudah hilang keikhlasannya.  Bekerja kurang ikhlas, berkawan kurang ikhlas, menabur ilmu kurang ikhlas dan segala2nya kurang.  Yang penting masa kini adalah KUASA DAN WANG!!!!!!!!!

2 comments:

  1. Memang betul apa opah cakap,pada hari ni perpaduan hanya di bibir sahaja,hakikatnya sikap perkauman masih menebal.

    Walaupun kita hidup aman,hakikatnya belum cukup kuat untuk memgatakan kita adalah 1 Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Itulah Rezza. Waktu Opah keje dulu, Opah terlibat juga dengan pelbagai akt 1Malaysia, tapi Opah rasa akt tersebut hanya menghabiskan bores aje!!!!! Perpaduan boleh tercapai bila masing2 tak ada self interest, tak ditakut2kan, tak dipecah2kan. Kalau kita amati keadaan hari ni sama macam British dulu, "Pecah dan Perintah".

    ReplyDelete