Saturday, December 31, 2011

Chicken Chop

Hari ni  Opah nak bercerita tentang makanan.  Bukan makanan tradisional, makanan laut, mahupun makanan mamak.  Opah nak cerita tentang makanan barat, makanan orang putih.  Masa kecik2 jarang Opah makan makanan orang putih ni kecuali kentang dengan coklat.  Bapak Opah kerja security constable atau orang dulu sebut SC.  Macam polis bantuan.  Kerja bapak Opah, masuk hutan cari komunis walaupun kadang2 komunis dok dalam kebun getah aje.

Petang tadi semasa menonton Maharaja Lawak Mega, Opah teringin nak makan Chicken Chop.  Kat Tepen ni tak jumpa lagi Chicken Chop yang best.  Setakat nak makan lepas gian, boleh le!!!!

Bila Opah bagi tahu nak makan Chicken Chop, bukan main senyum lagi anak bongsu Opah.  Maklumlah makanan orang muda.  Tok Wan main ikut aje.

Kami pergi ke gerai di Changkat Jering berhampiran tol.  Masa dok lalu lalang balik Tepen dulu, Opah nampak gerai ni ada letak gambar Chicken Chop walaupun nama gerai ........Tomyam.  Sampai aje, terus order tiga Chicken Chop, 2 black pepper dan 1 oriental.  Tunggu punya tunggu sampai.  Amboi yang black pepper memang black macak Zainal Abidin juri maharaja lawak mega.  Yang oriental pula jernih merah macam sauce cili.

Opah ambil french fries satu, cicah sauce dan gap masuk mulut.  Opah tengok Tok Wan pun ikut style Opah. Lepas tu, Opah pandang Tok Wan, Tok Wan pandang Opah.  Dua2 sekali gus sebut, manis.  Ambik kau!!!!!!!!!! Chicken Chop Kelantan.  Bukan main siksa nak habis.  Tapi yang bestnya anak bongsu Opah selambanya makan.  Macam tak ada perasaan.  Licin!!!!

Opah tanya, sedap ke????
Anak bongsu Opah jawab, Lapo!!!! (baru Opah teringat, dia tak makan nasi tengah hari sebab tak mahu ikut Opah dan Tok Wan pergi jemputan kahwin.....patutlah habis!!!)

1 comment:

  1. Chicken Chop Manis he3...org kelantan masak rupanya..

    ReplyDelete