Wednesday, December 28, 2011

Diam Bukan Bermakna Takut!!!!!!!!!!

Hari ni seperti hari2 biasa yang lain, lepas sembahyang subuh, tonton tv sekejab.  Jam 7.30 pagi ambil kayu sebatang (raja kayu yang Tok Wan raut licin), Opah dan Tok Wan memulakan journey jogging.  Laluan jogging keliling taman rumah Opah.  Bawa kayu bukan apa, nak acah anjing yang terikat dalam pagar.  Hari ni Opah tak jogging jauh, sebab badan Opah dan Tok Wan 2, 3 hari ni tak berapa okey.  Nak kata demam tak, lalu aje makan.  Tak kata demam, badan rasa lain macam aje!!!!

Jam 8.30 pagi dah sampai semula kat rumah.  Ambil kereta, keluar breakfast.  Jalan dua langkah, breakfast nasi lemak.  Tak cukup, Tok Wan bubuh rendang kerang dalam pinggan Opah walaupun Opah belum sembuh sepenuhnya daripada gout.  Dah bubuh dalam pinggan, tak tolak.

Lepas makan, Tok Wan tanya nak pi mana lepas ni.  Hari ni kami tak pergi tapak binaan rumah baru Opah sebab simen tiang baru lagi.  Hari pagi lagi.  Bincang punya bincang, kami pergi jumpa kontraktor kami yang sedang buat beam bumbung di tapak projeknya berhampiran rumah Opah.  Bukan apa, dah 4 hari tak jumpa kontraktor sebab Opah dan Tok Wan pergi KL tengok cucu dan anak.  (Mesti anak2 marah, sebab cucu sebut dulu!)

Dalam dok bersembang, terkeluar cite daripada kontraktor.  Cite sensasi.  Kalau artis boleh masuk dalam Melodi TV 3.  Terkejut Opah dengan Tok Wan!!  Ingat balik dok kampung okey.  Dengar cite, tengok tv, tengok drama kisah2 negatif kampung tu hanya dibesar2kan.  Rupenye tidak!!!!!!!!!  Isy3X

Mase Opah nak beli tanah tu, round rumah2 yang ada dekat2 tu.  Cite dengan deme.  Teman nak beli tanah yang kat depan tu.  Nak jadi jiran.  Nak tingge kat kampung.  Teman dah lame tinggal kat bando.  Bando kecik, bando beso.  Dah lame tingge dalam taman 1Malaysia.  Nak rase pula tingge dalam kampung Melayu aje!!

Rupenya orang kampung ada kem.  Kem merah, kem hijau.  Kem ape pun Melayu juge.  Islam juge.  Kalau dah Islam, jangan le dok suke, cucuk kanan, cucuk kiri.  Nak buat rumah, mesti le tambak tanah merah.  Kalau tak tambak, macam mane nak buat rumah.  Bukan boleh bawak tanah pakai baldi, mesti pake lori.  Lori bawak, mesti tumpah sikit2 kat atas jalan raya.  Bukan banyak pun!!!  Dah tu, nak buat lantai, beam, mesti pake simen.  Le ni orang pake simen dalam Apollo, bukan dok bancuh macam dulu2 lagi.  Tu pun mesti pake lori, pake crane.  Kalau tak boleh masuk, macam mane????????

Orang yang kiri, belakang tak sibuk.  Yang dok sibuk, yang di seberang jalan.  Bukan kacau pun rumah dia.  Ayo ambik dari orang sebelah kiri.  Api tarik dari rumah sebelah kiri.  Letak barang dalam kawasan rumah kiri.  Parking kerete pun kat rumah sebelah kiri.  Rumah dia sape pun tak ingin nak letak kete.  Motosika pun tak letak seberang jalan.

Tak berjaya hasut jiran rumah kiri, pi Jabatan Parit dan Saliran, adu tanah merah penuh atas jalan sampai ade orang naik moto hampir jatuh. (Betul ke hampir jatuh!!!).  Pegawai pun datang, jumpa kontraktor kata dia dapat aduan, jalan koto.  Yang bestnya mase dia datang tengok jalan tak kotor pun.  Kontraktor tanye, macam tu jalan koto ke????  Diam aje.  Asyik cakap ada orang adu.  Kalau ye pun orang adu, tak kan bodoh beno.  Opah pun pernah juga keje menyiasat ni.  Kita nak tengok aduan berasas atau tidak, kena guna banyak cara.  Yang lebih heran, apa kaitan orang Jabatan Parit dan Saliran dengan jalan raye.  (Opah check sape pegawai tu, nahas dia!!!!!!)

Yang dok mengadu tu pun, buat ape la nak cari musuh.  Kan Opah dah kate kite nak berjiran.  Opah ni walaupun lama kat bando, ase nye orang kampung juge.  Dah pencen ni nak cari kedamaian, duduk tepi sungai, memancing.  Petang2 pergi surau dengo mengaji ke, ceramah ke!  Kalau ade aktiviti2 kemasyarakatan, boleh le sumbangkan idea ke, moral ke, material ke!.  Jangan le awe beno nak tunjuk hero kampung.  Orang pun ada keluarga juge.  Bukan anjing kurap tepi jalan.  Kalau anjing kurap pun tak boleh nak pukul ikut suka hati.  Silap2 kena gigit.   Ingat tu!!!!!

Orang tua2 ada bermadah:

Sarang tabuan jangan dijolok
Harimau tidur jangan diusik
Ular bertelor jangan diganggu

5 comments:

  1. Susah juga kalau macam tu opah yer...dok bandar susah,dok kampung pun masalah juga...biasalah opah bukan semua orang kampung kentut wangi..ada juga yang kentut busuk(peribahasa moden)...hehehehe

    ReplyDelete
  2. Opah duduk kg bukan ape Rezza. Sambil Opah cari ilmu akhirat, boleh juga Opah bantu ilmu duniawi pada budak2 sekolah.

    ReplyDelete
  3. org mcm nih la yg merosakan pemikiran budak2 zaman skrg.. asal xpuas ati jer nak bunuh org la.. campak2 taik la.. mcm2.. nanti kalo org Jabatan Saliran tu datang lg, gtahu anak saya keje kat Jabatan Perdana Menteri.. nak saya lapor pd Perdana Menteri ke? haha

    ReplyDelete
  4. haha..xabeh2 depa tu..ni bkn setakat ular bertelor jgn diganggu..nie dah cocok ular anaconda..abeh la..ular sawa dok diam2 je..harimau die handicap..kang lari xcukop tanah..hee

    ReplyDelete
  5. Tak pa Nona, Alya. Hari ni dah pi rumah Tok Ketua Kg dan Pejabat Tok Penghulu. Kita usahakan dapat jalan pintas untuk rumah lot belakang. Kalau dapat tak ada peluang dia nak cucuk yang lain.....Yang JPM tu tunggu dulu. Pi kempen tu!!!!

    ReplyDelete