Wednesday, December 14, 2011

Hati Yang Terluka

Update Opah kali ini tidak lagi berputar tentang rumah tepi sungai.  Hari ni Opah sungguh rasa terkilan.  Puas Opah menahan hati supaya tidak luka,  tidak pilu, tidak kecil, tidak merajuk, tidak terasa dengan apa yang berlaku.

Tapi hati ini tetap ingatkan apa yang terjadi.  Mungkin sejak Opah mengenal erti mencari wang, Opah sentiasa berbelanja untuk orang lain.  Bila Opah ke pasar, nak beli ikan, ayam, daging atau sayur, Opah akan ingat orang lain.  Tok Wan suka makan ni, mak suka makan ini, mak mentua suka yang ini, anak2 pula suka yang ini.  Jarang Opah memikirkan aku suka makan ini.

Pergi melancong dalam ke luar negara ke, tangan kiri kanan untuk orang yang tidak bersama.  Dari mak hingga ke kakak, abang, kakak ipar, mak mentua dan anak2.

Beli baju raya, selalunya pakaian Opah yang akhir.  Bila Opah dah berpindah ke Putrajaya, baru Opah berani belikan baju yang agak mahal untuk diri sendiri.  Cuba pakai beg yang ada jenama.  Kasut yang dulu tak pernah terfikir untuk beli. Bukan apa???? Malu pada anak buah.  Budak yang dok hantar surat pun, pakai baju branded gila!!!!!!!!!!

Tapi akhir2 ini bila dah bersara, cepat benar hati terasa.  Cepat benar hati terkecil.  Cepat benar hati pilu. Pindah rumah tak datang tolong, terasa.  anak2 tak phone, terasa, makan tanpa ajak juga terasa.

Hari ni  hati Opah terlalu pedih.  Tinggal bersama pekerja buruh Indon dan Boyan selama 45 minit, manakala Tok Wan makan bersama kontrakto.  Tidak terkeluar sepatah kata untuk mengajak pergi sama. Call hanya untuk tanya hendak apa setelah perut kenyang.  Mungkin jauh di sudut hatinya, Opah umpama pekerja buruh  Minah Indon!!!!!!!!!!!1

4 comments:

  1. gulp.,harap opah byk bersabar.,kita suka menjaga hati orang tapi hati kita siapa nak jaga...tak nak komen byk2,harap opah ceria dgn rumah baru nanti..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Rezza Kadangkala dalam keseronokan, dalam kesibukan, dalam menjaga hati kawan, kita alpa untuk menjaga hati orang yang sentiasa berada di samping kita.

    ReplyDelete
  3. Rezza, sah bukan Opah yang buat!!!!!!!! Anak2 pandai memujuk.

    ReplyDelete