Sunday, December 18, 2011

Kisah Manusia.......

Hari ni banyak yang nak Opah storykan.  Maklumlah sekarang ni sekali sekala aje Opah dapat pegang laptop Opah ni.  Sejak mejak PC anak bongsu Opah buat perangai, laptop Opah yang jadi mangsa.  Mula pinjam.  Lama2 macam Belanda Dapat Tanah.  La ni kalau nak tengok fb ke atau nak update blog ke, kena 2, 3 kali minta baru dapat.  Dah dapat pun, kena tulis cepat2.  Kalau tak tiap minit mula la dia masuk bilik Opah.  Mengacau betul budak ni!!!!!!!!

Kisah Pertama


Malam semalam Opah dan Tok Wan nonton drama Mat Ginseng.  Drama komedi ni mencuit hati Opah.  Kisah biasa hari ini.  Kisah cucu dipelihara oleh datuk dan nenek.  Bila anak diberi kahwin, selalunya ibu bapa sangkakan akan ringanlah sedikit tanggungjawab mereka.  Sebenarnya bukan.........

Tak pernah ke terfikir oleh anak2 yang ibu bapa mereka pun perlu menikmati sisa2 hidup bersama.  Opah ketawa tengok datuk terpaksa tidur di carpet gara2 katil dah penuh dengan isteri dan cucu2.

Tok Wan pula asyik teringat dialog si datuk bila bercakap dengan isterinya.  Dulu makan pagi ada kopi dan mi goreng.  La ni tinggal teh O aje.  Tu pun nasib baik ada teh O!!!

Masa tengok drama ni Opah teringatkan kakak Opah yang terpaksa memelihara 3 cicit yang berumur 2 tahun (kembar) dan setahun.  Bila Opah pergi rumah dia, asyik dia bersungut letih. Marah2 dia kata budak2 ni jahat.

Baru2 ni  Opah pergi rumah kakak  Opah lagi.  Kakak Opah ni dah tak banyak senyum. Semasa bertanya khabar, dia bagi tahu, bulan 5 tahun depan terbit sorang lagi.

 Mak ai!!!!  Apa Opah nak respon.  Yang dia bela tu cicit dia.  Dia pula menumpang rumah anak dia.  Anak nak bela cucu  tapi diri sendiri terpaksa bekerja cari rezki.

Opah nak nasihat pada yang nak jadi dan yang dah jadi pengantin.  Bila dah berkeluarga, kenalah terima tanggungjawab.  Jangan cari jalan pintas.  Memang la orang baru berkahwin ekonomi tak kukuh sebab tu zaman Opah  ramai yang kahwin lewat.  Bukan ape!  himpun duit nak kahwin.  Orang la ni bila dah sampai kemaruk nak kahwin, pinjam bank.  Buat calculation, bila kahwin, gaji dia dengan gaji isteri dah boleh hidup.
Dia ingat dia sorang aje pinjam.  Bila isteri pun congak macam tu....alamat..................Lu Pikir la Sendiri!!!!

Kisah Kedua


Kisah kedua ni lagi klasik.  Opah terkejut tengok sikap orang ni.  Dulu kalau Opah pergi makan kat luar, kebiasaannya tuan kedai makan terutama kedai makan nasi kandar akan letak kerusi atau cone di kaki jalan supaya orang tak letak kereta.  Dengan lain perkataan tak bagi parking walaupun tempat tu ada petak parking kereta.  Konon2 petak tu dia sewa.

Itu kat kedai, gerai atau pasar malam.  Tak pernah pula Opah jumpa orang tak bagi parking di kawasan rumah kampung.  Rupa2nya budaya buruk tu dah sampai ke kampung.  Opah tengok bukannya lama orang tu
tumpang parking.  Tak sampai pun 20 minit.  Bila orang tu jalan aje, cepat2 tuan rumah ambil 4 pasu bunga dan letak berderet di muka jalan.  Tanda tak bagi parking dan masuk kereta tanah dia.

Alamak!!!!!! Susahnya manusia macam ni.  Kalau esok awak pula nak tumpang parking kawasan orang, orang tak beri.  Apa macam????  Sekarang ni Tuhan bayar cash.  Kita hidup bukannya lama.  Kalau dah baya Opah, tak usahlah nak tunjuk ranggi.  Harta bukan boleh bawa mati.  Nama pun kita ni hidup cuma meminjam.  Hari ni Tuhan beri.  Entah2 esok diambilnya balik.  Sementara ada, ringan2lah membantu.  Bagi parking tu membantu juga namanya.

No comments:

Post a Comment