Sunday, December 11, 2011

Mari Kita Merayu Beramai2

Dulu masa Opah kecik2, Opah selalu dengar lagu2 Melayu yang ala2 cintan tangkap maut.  Penyanyi mendayu2 merayu pada sang bunga dan sang bulan.  Banyak lagu yang bertajukkan wanita.  Yang popular, Oh Azizah - P.Ramlee, Siti Haidar - Jafrideen, Suzana - M.Osman, O Normah - Adnan Othman dan yang tak bestnya ada lagu yang liriknya tentang Jandaku Asmah.  Isy3!!!!!! Cukup tak guna.

Itu dulu zaman orang muda merayu kekasih.  Opah gelak aje bila dengar lagu merayu merayan ni.

Bila Opah nak minta biasiswa, ayah Opah terpaksa pergi merayu pada ketua kampung, tok penghulu dan wakil rakyat.  Merayu untuk dapat surat sokongan.  Sedih tengok ayah Opah merayu.  Adakala orang yang dirayu ok, tapi yang banyak kala KO.

 Bila Opah nak kerja zaman dulu belum pakai borang macam sekarang.  Kena tulis surat mohon pekerjaan.  Perenggan terakhir dan sah mesti ada perkataan merayu.

"Saya harap permohonan saya ini mendapat perhatian dan pertimbangan tuan.  Pertimbangan dan kerjasama tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih"

Hari ni. Opah ingat tak perlu lagi nak merayu rayan.  Rupanya salah.  Dari malam semalam hingga ke hari ini, sepupu Opah tak berhenti2 menghantar sms minta Opah buat rayuan untuk menunaikan Haji tahun 2012.  Dia nak ikut Opah.

Opah masih tercari2 sebab nak buat rayuan.  Tapi sepupu Opah lagi hebat.  Jam 11.30 mlm, call Opah minta nama, No KP dan Nombor Akaun Tabung Haji.  Mak oiiiiiiiiiiiiii
Jam 12 tgh mlm, Opah sms maklumat lengkap yang diperlukan.  Baru senyap.

Yang Opah hairan, kenapa sepupu perempuan Opah ni yang kelam kabut.  Opah baru nak bagi abang Opah hantarkan surat yang Opah buat ke Tabung Haji.  Biarlah lelaki yang uruskan.  Sekarang Opah dah confuse, nak minta abang hantar atau tidak..............

Ini baru merayu...........dah excited.  Apa pun  kata Tok Wan "Dont crack your head.  Mari kita merayu beramai2!!!!  Kalau depa tak dapat surat Kak Nah, depa dapat surat Pak Dak, kalau tak dapat juga depa dapat surat kita ke?????????"

Apa....... Tok Wan ingat kita pos surat pakai burung merpati ke???????????

2 comments:

  1. xpa...wat ja surat merayu beramai2x..moga2x tabung aji dpt..rejeki abah ngan mak p aji cpt kan..:-)

    ReplyDelete
  2. Tu la kakcik malam kelmarin sibuk type. Petang bagi kat Pak Dak. Jadi ketua rombongan merayu.

    ReplyDelete