Sunday, December 18, 2011

Nyanyuk

Nyanyuk atau alzheimer's selalunya menyerang mereka yang berumur 65 - 70 tahun.  Pnyakit otak ini semakin banyak menyerang manusia.  Dewasa ini nyanyuk mula melanda orang muda seawal 30-an dan 40-an.  Opah masih ingat lagi semasa Opah bertugas sebagai guru, Opah seorang pengingat yang kuat.  Nama dan rupa anak murid Opah ingat.  Mana yang bijak, mana yang nakal, mana yang malas, mana yang suka meniru, mana yang kaki bodek, mana yang tin kosong.  Sukar anak murid nak autakan Opah.

Ingatan Opah juga kuat semasa menjadi pensyarah.  Kalau pelupa alamat kena goreng dengan budak2 besar terutama ex-teacher yang sambung belajar.  Opah ingat sape yang buat assignment tapi tak pernah datang jumpa Opah.  Siapa yang kerap jumpa.  Siapa punya assignment dan siapa yang meniru assignment.  Ayat sendiri atau cut and paste.

Semua itu tinggal kenangan.  Bila Opah masuk line pengurusan dan pentadbiran, Opah jadi pelupa.  Mula2 tak perasan, tapi bila 2,3 kali kena dengan budak pejabat, Opah mula rasa macam something wrong somewhere.  Ingat macam beri arahan, tapi dia orang kata tak?  Sampai satu peringkat Opah cari cermin mata merata2 dalam rumah.  Yang seronoknya semua tolong cari tapi tak jumpa.  Sampailah Opah minta Tok Wan yang sedang asyik nonton TV cari.  Tok Wan pandang muka Opah.

"Tu kat mata tu apa?????????"
Ambik kau!! cermin mata kat mata, tapi cari cermin mata lagi.

Opah masih ingat nenek tiri Opah yang nyanyuk.  Masuk bilik air tak boleh keluar sebab tak ingat kunci di mana?  Ke tandas tak basuh dan adakala buang air besar di dalam rumah.  Anak2 marah, malah cucu pun takut nak dekat.  Kesian!!!!

Opah tanya kawan2 macam mana jangan jadi pelupa.  Macam2 nasihat dan petua yang dia orang beri.  Antara banyak petua, Opah amalkan membaca doa semasa mengambil wuduk, iaitu ketika mencuci ubun2. Alhamdulillah, sifat pelupa berkurangan.

Baru2 ni sifat lupa tu datang pula.  Opah lupa mengambil kad ATM semasa buat semakan account.  Dari hari Isnin Opah buat semakan dan print, hari Jumaat petang baru sedar.  Tu pun masa anak minta duit, kalau tidak entah sampai bila baru sedar.  Masuk bank nak keluar duit sikit.  Cari kad tak ada.  Habis periksa satu beg tangan.  Tak cukup tunggang terbalikkan beg tangan.  Habis keluar segala harta pusaka dalam beg tangan.  Kad ATM tak jumpa.

Opah bagi tau Tok Wan.  Soalan cupu emas Tok Wan.  'Letak kat mana?????????'

Dah hampir 4 bulan Opah dah ok.  Kenapa tiba2 Opah lupa.  Fikir punya fikir, mungkin 2, 3 hari ni Opah tergores hati.  Hati mula dok fikir macam2.  Jiwa tak tenteram.

Conclusion: Perkara kecil jangan difikir2kan sangat.  Kalau sedih, pergi tour sama kawan2 untuk ceriakan hidup. -Atau kalau tak ada kawan dan tak ada duit, baca al-Quran.  Baca kuat2 sampai tak ada ruang nak dengar yang lain kecuali ayat2 Quran. Kalau ikutkan hati, nanti diri sendiri yang merana.  Dah nyanyuk lagi orang tak suka.  Duit ada pun sudah tak tak guna!

 Life is too short2!!!!!!!!!

1 comment:

  1. Sangat betul nyanyuk ni boleh serang orang muda 30-40 tahun usia.
    Dah 2 kali rezza kena,ada satu pagi tu isi minyak kat petrol pum.lepas bayar kat kaunter,masuk kereta terus blah jer,setengah jalan pusing balik sebab tgk meter tak bergerak,nasib baik boleh isi minyak semula tanpa kena bayar lagi. hehehe...

    ReplyDelete