Wednesday, December 28, 2011

Orang Jelapang vs Orang Batu Kurau

Hari ni mood Opah tak stable.  Macam orang nak monopouse!!!  Tok Wan dah masak dengan perangai Opah. Jangan dok minta itu ini.  Jangan nak duduk rumah, nanti banyak perkara boleh naik angin.  Maklumlah dah tinggal 2 orang.  Anak bongsu dah pergi jamuan.

Lepas hantar Ucu pergi jamuan, kami pergi servis kereta.  Lepas balik kenduri saudara di Parit 9, Sabak Bernam, kereta asyik berbunyi krek2.  Bunyi yang sungguh tak enak didengar.  Rumah saudara Opah tu tepi sawah.  Parking kereta kena turun curam sebab jalan lebih tinggi daripada kawasan rumah.  Masa nak balik ape lagi, kereta tak boleh naik.  Berasap tayar!!!

Rupanya yang bunyi tu brake plat dah haus. Tukar baru, servis kereta.  Terbang RM600 lebih.  Masa nak pasang tayar belakang, nampak pula paku!  Pergi pula kedai tayar.  Nasib baik kena RM6 aje!!!!!

Sudah selesai semua, Tok Wan ajak Opah pergi rumah kawan dia di Batu Kurau, makan durian.  Durian kawan dia dah mula buang buruk (baru gugur).  Opah bukannya boleh makan banyak, tapi dik tak mahu balik duduk rumah sakit hati, ikut saje.  Nak pergi rumah kawan, tak kan nak lenggang saje.  Mesti bawa buah tangan.  Nak bawa buah2an, kat rumah dia pun banyak.  Last2 bawa pisang goreng dan cempedak orang.  Kalau dia ade pun, belum goreng lagi.  He3x!!!!

Kat rumah dia, kami makan sebiji aje durian.  Dia nak buka lagi.  Tapi belum habis sebiji, jari Opah dah macam jari Era Fazira dalam Cinta Kalestrol.  Bengkak!

Kawan Tok Wan tak puas hati.  Tanya Opah nak makan kelapa muda tak? Nak keladi buat sayur tak?, Nak buah kuinin buat sambal tak?  Last2 semua Opah kata lain kali.  Bila nampak cabai burung,  dia terus tanya nak cabai melaka tak?  Belum jawab ya ke tak ke, terus petik.

Masa balik pesan lagi, sapa nak makan durian datang aje le.  Dia tak jual.  Pergi la kutip kat kebun dia.  Nak ambil banyak mana pun tak ape.  Kalau tidak babi, tupai, kera dan kadangkala lembu aje yang makan.

Ini baru orang kampung yang Opah cari.  Hati baik walaupun rupa tak berapa handsome (bukan ape, kalau kata handsome, nanti Tok Wan jealouse!).  Jadi sesiapa nak makan durian 2,3 hari ni, mari Tepen jumpa Opah, kita pergi makan durian kat rumah Che Ros di Batu Kurau.  Lepas makan, kita pergi mandi sungai.  Best yo!!!!!

3 comments:

  1. Makan durian boleh bengkak tangan?pelik tu..jangan pelawa opah kang 1 bas sampai nak makan durian he3...

    Tok wan(dah tua masih kuat jeles)hehehe...

    ReplyDelete
  2. Opah ada penyakit gout. Opah tak boleh makan makanan laut, organ dalaman, durian dan beberapa jenis makanan yang tinggi protin. Kalau makan, uric acid akan tinggi. Pagi tadi Opah breakfast makan kerang, petang makan durian. Dua2 bergabung, tu la cepat dia bengkak.

    Orang tua lagi kuat jealous Rezza, cuma dia tak cakap!!

    ReplyDelete
  3. Owh patutlah...dah berusia ni banyak yang kena pantang adeh..

    ReplyDelete