Thursday, December 29, 2011

Pusat Tiusyen - Apa tarikannya????

Sejak kebelekangan ni Opah tengok pusat tiusyen tumbuh macam cendawan.  Macam2 nama pusat tiusyen.  Yang hairannya, ramai pulak yang hantar anak ke pusat tiusyen.  Tak cukup ke cikgu mengajar di sekolah.  Yang double pelik, pusat tiusyen tu dibuka oleh guru sekolah. Guru yang pagi mengajar di sekolah dan sebelah petang serta malam mengajar di pusat tiusyen.  Yang  tripple pelik, ada anak murid sendiri datang belajar di pusat tiusyen dia.

Opah macam ibu2 lain yang berkerjaya termasuk dalam golongan yang macam tak percaya pada ajaran guru.  Apatah lagi Opah yang tinggal di Putrajaya dan si bongsu bersama abahnya di Taiping.  Lagi le kena hantar anak ke tiusyen.  Kalau tak! pakai orang dapat A, dia belum tentu dapat B.

Minggu sudah keluar result PMR.  Anak Opah pagi tu tak lalu makan.  Mana taknya?  Kali ni keluar result mak rimau dah ada.  Dulu boleh le pakai telefon.  Jauh macam mana nak cubit ke, nak marah ke, nak buat apa2 ke?  Jam 10 pagi Opah, Tok Wan dan empunya diri bertolak ke sekolah dia.  Susah nak cari parking.  Penuh kereta parent yang datang hantar anak.  Opah tunggu sampai 10.30 pg, senyap aje, tak ada phone.  Tepat Jam 10.45 pg, phone masuk.  Suara sebak!!!!

Mak, dapat 3A je.
Opah tanya subjek apa?
 Maths, Sc dan KH.
Yang lain????
Semua B (apa la subjek BM pun tak boleh dapat A!!!!)
Ok le tu!  Tahniah!  Bukak sekolah ni kita start untuk SPM.  No more honeymoon.

Parent dok sibuk tanya result anak2, Sir tiusyen lagi sibuk nak tahu result.  Siap suruh photostat result.  Tak cukup itu, panggil semua student ambil gambar kat studio.  Tak main kat taman atau kat Pusat Tiusyen.  Lepas bergambar, beri makan.  Macam jamuan kesyukuran.  Tak kira kau dapat A ke atau apa ke, janji lulus.

Caring dan tiupan semangat suruh belajar macam ni yang menyebabkan pusat tiusyennya laku.  Penuh lelaki perempuan.  Dan yang bestnya, dia orang macam big family.  Tolong menolong antara satu sama lain.  Anak Opah ditugaskan tolong kawannya yang lemah dalam Maths.  Konsep Belajar Melalui Rakan Sebaya berjaya dilaksanakan.  Sebenarnya mengikut teori, budak lebih cepat faham bila rakan yang ajar.

Alangkah baiknya kalau guru tadi buat begitu bagi muridnya yang di sekolah.  Atau guru2 lain juga ada sifat prihatin macam tu.  Ada macam2 kaedah mengajar yang diperkenalkan.  Gunalah kaedah2 tu.  Jangan asyik2, chalk and talk.  Bukan budak lelaki saje yang boring, budak perempuan pun boring................

1 comment:

  1. yang xboring den jo.. sebab asik tido dlm kelas.. haha.. kuikuikui.. jd la spt den yg glamor nih, xyah debar2 tunggu result pn, cbok ramai nak tau.. mcmkan den nih teruk sgt.. huhu..

    ReplyDelete