Tuesday, December 13, 2011

Racun Anai2....

Hari ni Opah nak bercerita tentang serangga kecil, putih macam semut.  Namanya ANAI-ANAI.  Rupa cantik.  Kerja berpasukan.  Siang malam kerja tak henti.  Ada kumpulan kerja, ada kumpulan askar dan ada permaisuri.  King tak ada.

Permaisuri tugas banyakkan rakyat.  Kumpulan kerja cari makan.  Askar halang musuh.  Cantik organisasi ni.  Tapi yang tak cantiknya, bila kumpulan anai2 ni mari ke rumah kita.  Kita tak pernah jemput dia datang, tapi dia datang jugak.

Bila bercerita tentang anai2, Opah teringat peristiwa lama.  Opah dan keluarga pindah ke Miri, Sarawak kerana Opah dan Tok Wan bertugas di sana.  Rumah ditinggalkan dalam jagaan kawan Tok Wan.  Budak bujang, mana lekat di rumah.  Nama aje tunggu rumah, tapi sebenarnya rumah tunggu dia.

4 tahun kami di sana.  Seronok duduk di Miri.  Kawan ramai.  Macam2 kerjaya.  Tak lah cikgu kawan cikgu, penjara kawan penjara aje.  Asal orang Semenanjung, semua jadi kawan.  Nak makan ayam sembelih, jumpa orang majlis agama Islam, nak pasport, ada kawan orang imegresen, nak masuk Berunai, jumpa geng Iban, nak berubat, jumpa geng askar.  Ada aje pegawai Semenanjung semua jadi kawan.

Yang best beraya di Miri.  Dari pagi sampai jam 12 mlm, masih ada tetamu datang mengunjungi rumah kita.  Menziarah rumah member angkat geng.  Berderet kereta macam hantar pengantin.  Sebulan beraya.  Mak oi seronok sungguh beraya di sana.  Kek lapis tak boleh kira.  Orang Sarawak suka kek, orang Malaya suka ketupat, rendang dan lemang.

Balik cite anai2.  Tahun 1998, kami balik ke Taiping.  Opah ditugaskan di Pulau Pinang, Tok Wan balik ke Taiping.  Mak ai!!!!!!!!!!! Rumah dah tak seperti rumah.  Sedih Opah.

Masuk master bedroom, Opah nampak bawah katil ada sejadah.  Opah tarik sejadah keluar.  Sejadah tinggal separuh.  Kat sejadah melekat serangga kecil putih.  Naik geli geleman Opah tengok banyak betul anai2!!!!!!!
Mula operasi chek rumah.  Almari solek, out.  Dah ada bukit2 kecil.  Almari pakaian, out.  Anai2 melekat kat kain2 yang ada.

Opah dan Tok Wan pun cari doktor anai2.  Kawan introduce.  Marilah dia orang suami isteri.  Mulalah doktor berkhutbah tentang cara nak atasi anai2.  Sembang punya sembang, Tok Wan setuju.  Al-maklumlah dengar cite, ceiling jatuh atas kepala.  Tebuk sana, sembur sini.  Kosnya RM3k.  Itu baru bab ubat anai2..

Semalam, isteri doktor ubat anai2 lalu di tapak binaan rumah baru Opah.  Masa tu kontraktor masih ada di tapak.  Dia ingat kontraktor tu tuan punya rumah.  Maklumlah kontraktor perempuan muda.  Bila dia tau rumah dalam binaan tu rumah Opah, bukan main lagi seronoknya dia.  Lagi sekali RM3k dia boleh dapat.  Kontraktor phone Opah, kata ada kawan nak bercakap.  Bila jawab aje telefon, adoi!!!!!!!doktor anai2.

Doktor Anai:  Helo, Kak As.  Kenal tak saya Ani yang bubuh ubat anai2 kat rumah Kak As. (Opah kata kenal walaupun sebenarnya Opah dah lupa.  Maklumlah orang tua)
Opah :  Kat mana ni???? (sebab sebelum tu kontraktor kata nak pergi Sungai Petani)
Doktor Anai2:  Kat rumah baru Kak As.  Nak bubuh ubat anai2 tak.  Harga murah.  Tiang RM350.00.  Lantai RM1k.  Luar kita tengok berapa lubang.  (amboi!!! rumah pun sekangkang kera, harga dah RM1350.00.  Belum termasuk bahagian luar)

Opah minta doktor anai2 paskan phone pada kontraktor.  Opah minta dia jangan beri nombor phone Opah.  Dah sekali terkena, tak mungkin terkena kali kedua.  Opah bukannya cop duit hari2.

Hari ni Tok Wan beli racun anai2.  Satu botol RM20.00.  Bekas untuk bancuh ubat RM10.00.  Minta pekerja tuang pada semua tiang.  Kos semua RM30.00.  Save RM320.00.  Esok Tok Wan beli lagi sebotol untuk lantai.  Sum up semua cost, tak sampai RM100.00.

Kalau ya pun nak cari untung, fikir2lah sama..... Jangan cepat nak kaya, nanti rugi!!!!!!!!

4 comments:

  1. sian kat ratu anai2.. dia ibu tunggal.. haha

    ReplyDelete
  2. Kos untuk anai2 ni murah jer sebenarnya...bila dah org lain buat mmg dia charge lah..

    ReplyDelete
  3. Nona: Kesian juga kat ibu tunggal tu. tapi kesian lagi kat kayu yang ada dua tiga batang tu.
    Rezza : Betul tu Rezza. Tu la kali ni Opah beli sendiri racun dan minta pekerja binaan tanam dalam tapak rumah. Memang murah!!!!

    ReplyDelete
  4. haha..ak ingat lg mse ops anai2 kt umah lama dlu...dasat2...

    tapikan naaaa...anak tunggul lg bahayaaaaa ngangah..nga..eh silap gagagaga

    ReplyDelete