Wednesday, December 7, 2011

Rumah Kecil Di Tepi Sungai

Hari ni masuk hari ke 5 rumah kecilku dibina.  Hati Opah dan Tok Wan begitu seronok.  Apa taknya.  Dah 4 hari juga Tepen tak disirami hujan.  Alhamdulillah!!

Tiang piling rumah pertama dihentak ke bumi pada jam 11 pagi.  Satu batang masuk.   20 kaki tiang simen dalam tanah.  Sambung sebatang lagi 20 kaki.  Masuk. Sambug lagi sebatang,  Kali ni baru dihentak tapi tak boleh masuk.  Mak oi!!! Piling tiang pertama saje sedalam 60 kaki.  Sah, tanah lembut, maklumlah dekat sungai dan paya.

3 hari masa diambil untuk piling ke semua 70 batang simen.  Hari keempat, timbul pek ho (kereta korek tanah) untuk korek tanah buat lubang di bahagian yang ditanam simen.  Besarnye lubang yang digali.  Ini lah pertama kali Opah tengok proses membina rumah.  Sangkakan bila dipiling, tiang simen tu juga yang akan jadi tiang, rupanya tidak.  Nampak benar kurangnya ilmu Opah!!!!

Jam 12 tgh hari tadi, Opah dan Tok Wan tengok pekerja dah siap pasang besi pada setiap tiang.  Kontraktor cakap, esok akan buat tiang.  Pakai Apollo.  Apa tu???????????

Rupanya guna simen yang dibancuh siap daripada kilang.  Simen dalam lori yang bentuk macam kapal Apollo tu.  Opah sangkakan apa.  Bila nampak Opah terkejut, Tok Wan bukan main lagi gelak.  Mula la Tok Wan tunjuk keterorannya mengenai bina rumah.  Boleh le kau eksen, bapa kau dulu tukang rumah!!!!

Esok Opah nak pergi tengok pekerja buat tiang pula.  Sekarang ni, bangun pagi ayat pertama Tok Wan akan cakap, "Sat lagi nak pegi tengok rumah, nak ikut tak?"
Jawapannya, "Nak itot!!!!!!!!!!!"

1 comment: