Sunday, December 18, 2011

Rumah Kecil Tepi Sungai Dalam Binaan - Bab 2

Hari ni Opah nak tunjukkan proses seterusnya pembinaan rumah kecil Opah dan Tok Wan.  Sejak 6 November 2011, proses pembinaan rumah Opah berjalan lancar.  Alhamdulillah!!!!

Masuk Simen Dalam Acuan Beam

Opah selalu tengok masa kecil dulu orang bancuh simen guna penyodok.  Opah pernah tolong ayah Opah bila ayah buat dapur atau tapak tiang pondok untuk letak kayu api.  Hari ni dah mudah.  Main pakai Apollo, tuang - 2 jam kemudian kering.  Simple and fast.   

Tu Dia - Dah  Penuh

Cuba lihat simen yang digunakan cantik.  Kata kontraktor ada ubat.  Apa pun sebelum masukkan simen, Tok Wan dah minta pekerja masukkan racun anai2.  Masa suruh letakkan, dia orang ketawa.  Rumah sekarang mana pakai kayu, Opah.  Kesian anai2.  Opah tanya kenapa kesian pada anai2.  Pekerja Indon kata, nanti gigi anai2 patah gigit besi, bata dan aluminium.

Tapak Rumah Cute Opah & Tok Wan

Tapak yang nampak ni macam gah aje.  Bukan nak buat rumah 2 tingkat tapi beamnya kuat sampai pekerja Indon tu kata, macam mahu buat rumah tiga tingkat.  Opah bagi tau kat pekerja Indon yang suka usik Opah tu.  Mana tau masa depan, tanah dah tak ada sebab ramai orang Indon datang duduk sini.  Jadi anak2 Opah boleh tambah 2 tingkat lagi!!!!!!!

Beam Dah Kering - Tambak Lantai

Opah selalu fikir dengan pekerja empat dan kadangkala lima, berapa lama dia orang nak masukkan tanah untuk tapak rumah.  Opah dah kira2.  Boleh guna duit labur dalam ASB dulu.  Rupa2nya, tambak tapak rumah hanya sehari saja.  Mana tak nya.  Dia guna pek ho.  Macam ni alamat 3 atau 4 bulan lagi, boleh le Opah duduk rumah baru ni.

Kejapkan Tanah - Alat tak tau nama apa

Ini satu lagi Opah terkena.  Tok Wan selalu kata, nanti bila dah tambak tanah, dia orang akan tinggal 2 atau tiga minggu.  Bagi tanah turun.  Opah pun tanya kontraktor,
Opah    :   bila dah tambak tanah, pekerja dia pergi buat kerja kat mana?
Kontraktor :  kat sini.
Opah :  Dia orang buat pagar ke?
Kontraktor : Tak.  Dia orang concentrate buat tapak.  Nak kena level dan padatkan tanah. (Tok Wan ni nak kena ni.  Sekarang dah ada alat bagi kejap tanah.  Ish3x!!!!)

Tapak Ditutup Plastik

Lepas dah kejap tanah, dia orang tutup dengan plastik.  Opah ingat takut tanah kena hujan.  Rupa2nya tanah ditutup dengan plastik supaya bila dah dibubuh jubin lantai, jubin lantai tak jadi hitam bahagian tepi akibat tindak balas kimia dalam tanah.  Di atas plastik diletakkan dawai sebelum dicurahkan simen.

Simen Dicurah Atas Plastik
Cuba perhati betul2.  Kiri simen dan antara simen dengan plastik, nampak tak dawai.  He3!!! Rumah Opah dah ada lantai..........

3 comments:

  1. impian dah semakin jadi kenyataan...besar rumah tu nampaknya Opah..

    ReplyDelete
  2. Dalam gambo aje nampak beso Rezza. Reality kecik aje!

    ReplyDelete
  3. Lantai tu terus curah simen concrete xpasang brc dulu ke

    ReplyDelete