Thursday, January 19, 2012

Apabila Diambil Kembali

Kita selalunya tidak menyedari betapa bertuahnya kita hidup di dunia ini.  Kita dianugerahi tubuh yang cergas, mental yang cerdas, rohani yang kukuh dan emosi yang mantap.  Setiap saat kita menghirup udara yang tidak berapa segar, makan dan minum mengikut kegemaran, berjumpa dan bermesra dengan keluarga dan rakan sejawat atau sekampung,  bercucuk tanam atau memancing atau berbasikal atau beriadah atau mengembara mengikut kesukaan diri.  Semua perkara kita lakukan tanpa sedikit pun kita mengingati dan berterima kasih pada Pemiliknya.

Hari ni Opah  cukup terharu.  Malam semalam jam 10, Opah menerima phone daripada anak saudara memaklumkan sepupu Opah yang tinggal di Singapura menghempuskan nafas terakhirnya.    Pagi tadi, jam 10.20 pagi, Opah menerima panggilan daripada anak saudara Tok Wan memaklumkan ibunya sudah tiada.  Terkedu Opah.  Dalam masa 12 jam, Opah menerima berita 2 kematian.  Seorang nun jauh di selatan dan seorang lagi jauh di utara.

Tok Wan membuat keputusan untuk menziarahi jenazah Allahyarham kakaknya.  Opah akur aje walaupun sedih juga tidak dapat berjumpa dengan sepupu sebelah ibu Opah.  Semua telah ditakdirkan.

Kakak Tok Wan mengidap sakit buah pinggang dan semasa hayatnya, beliau terpaksa mencuci darah seminggu 3 kali.  Setiap kali Opah dan Tok Wan menziarahinya, beliau sentiasa tersenyum.  Nada suara perlahan dan tidak terdengar rugutan keluar daripada bibirnya.

Begitu juga dengan sepupu Opah di Singapura yang menjadi penganti ibu kepada adik2nya apabila ibu mereka meninggal di Mekah setelah  menunaikan Haji.  Beliaulah yang menjadi penghibur dan pelindung kepada adik2 yang yatim piatu.

Semasa berbual dengan ahli keluarga Tok Wan, macam2 cerita yang Opah dengar.  Topik perbualan berkisan tentang kesihatan.  Seorang anak saudara Tok Wan baru sehari lepas operation jantung. (3 block) dan pada bulan hadapan seorang lagi anak saudara akan menjalani operation jantung.  Kes hampir sama.  BLOCK

Pada dua wanita yang Opah kenali ini, Opah hadiahkan al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat.

Untuk kita yang masih punya usaha, punya masa, punya tenaga, punya harta, punya akal -  berwaspadalah selalu.  Bersederhanalah dalam melakukan segalanya.  Beringat Sebelum Kena, Berjaga Sebelum Jatuh!!!!!

4 comments:

  1. Uuuuoooo...pegi xkembali lagi..nie yg kne kawen b4 mak pi haji nie..risau den..:(

    ReplyDelete
  2. bila saudara or kawan terdekat pegi, mmg terasa di hati bila plak masa kita..

    alya, sempat tuh...mak aji x naik aji lg kut time tu...hehehe

    ReplyDelete
  3. ko nih xde mende lain ke pk alya...ish3..

    ReplyDelete
  4. haha...bak kate mak..berjaga sebelum jatuh, brek sebelom xcident..haha

    ReplyDelete