Saturday, January 14, 2012

Hari Peladang Peringkat Kebangsaan

Semalam anak Opah yang nombor 2 phone dari Nilai.  Opah seronok dengar cucu dah pandai cakap sepatah dua.  Dah boleh dengar perkataan Pah.  Jadilah.  Dalam asyik berbual, Opah tanya mana si soami.  Anak kata ada kat Taiping.  Opah tanya lagi, kat mana?  Anak jawab Tepen mak, Tepen.!

Mak ai!  Kenapa anak menantu tak call mak mentua yang dia ada kat Tepen.  Opah terus call menantu tanya dia tidur di mana dan ambil dia untuk breakfast.  Menantu Opah ni breakfast macam lunch.  Nasib baik di Tepen, pagi2 lagi dah ada kedai yang jual nasi putih berlauk.

Rupa2nya menantu Opah datang sebab PM nak turun Tepen merasmikan Hari Peladang Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kerian, Perak.  Tapi pada hari Jumaat, PM mengadakan majlis makan bersama Adun2 dan rakyat.  No wonder menantu tak contact sebab masa sepenuhnya nak jaga sistem audio.  Maklumlah PM dan isteri datang......

Tadi jam 10.00 pg PM rasmi Hari Peladang.  Ramai manusia.  Macam2 hasil tani dan hasil perusahaan makanan dipamerkan.  Kuih, benih2 pokok, ternakan dan jenis baja boleh dibeli.

Bagus benar PM kita menyedarkan masyarakat supaya bercucuk tanam.  Tapi bila Opah renungkan semula, di mana nak ditanam kerana majoriti kita tak punya cukup tanah untuk bercucuk tanam sekarang.  Tanah sawah dah banyak didirikan rumah.  Kat kawasan Kerian sendiri, dah banyak tanah sawah milik orang Melayu, bertukar tangan kerana didirikan rumah.  Memang cantik rumah bangalow dalam sawah.  Tapi milik Siapa???????????

Satu lagi Opah tengok habit orang kita yang nak bercucuk tanam sampai tak kira sama ada  tanah tu milik sendiri atau tanah reserve kerajaan. Yang duduk di taman, tanam pokok sampai  masuk kawasan jiran lain.  Bayangkan duduk di rumah teres.  Tanah yang ada sekangkang kera di bahagian hadapan dan setengah kangkang kera di bahagian belakang.  Kalau nak tanam pokok kelapa ke, pokok rambutan ke, pokok mata kuching ke, pokok belimbing ke, dah sah dahan akan sampai ke kawasan orang.  Pokok ada daun. Daun akan gugur.   Siapa nak sapu.  Siapa nak buang!!!!

Bila ada buah yang berjuntai di laman jiran kita.  Macam mana???  Ikut hukum, jiran boleh ambil sebab dah masuk tanah dia.  Boleh dan tak marah ke bila jiran ambil.  Mahu pula yang dibahagian jiran tu buahnya besar dan mengancam!!!

Ada jiran yang pemurah.  Bila pokok yang ditanam berbuah lebat, selalunya dia akan mempelawa jiran2 berhampiran untuk ambil  makan.  Ambil makan tau.........bukan ambil jual.  Kebiasaannya, kita tunggu dia petik, baru kita ambil.  Itu pun setelah berkali2 di pelawa.  Tapi Opah tengok ada seorang jiran ni yang siap bawa baldi besar dan galah panjang untuk kait buah rambutan milik jirannya.  Kalau dah macam tu, bukan saja buat makan.  Boleh jual sekali!!!!!!!!!

Ini satu lagi kisah jiran yang suka memelihara ayam, itik dan kambing.  Rumah sebelah menyebelah.  Binatang peliharaan dibiarnya terlepas bebas.  Ayam, itik, kambing bukan ada tandas.  Bila nak melepas, tak peduli main aci lepas aje.  Jiran punya la jaga kawasan bagi bersih.  Tup2!!! ada makluk melepas ikut suka.

Kambing pula suka makan rumput.  Rumah berderet mana nak ada rumput ragut.  Yang ada pokok bunga yang jiran2 tanam.  Kalau nak memelihara kambing, kenalah rajin.  Potong rumput bagi kambing makan.  Kalau dah lepas bebas, alamat habislah pokok hiasan kawan.  Kambing pulak kalau dah makan main bedal aje.  Tak kan kita nak marah kambing.  Kambing tak sekolah.  Yang pergi sekolah dan ada akal, tuan kambing.

Memang bagus menambah pendapatan melalui bertani dan berternak.  Tapi, pandai2lah mencari tempat!!!!!!!!

2 comments:

  1. hahah....terbaek nyer entry smach jiran..opah2

    ReplyDelete
  2. Bukan smatch jiran tapi itulah kenyataan hari ni!!!!

    ReplyDelete