Wednesday, January 25, 2012

Ikan Oh Ikan

Ikan Oh Ikan
Kenapa Kau Tak Makan Umpan
Macam Mana Aku Nak Makan Umpan
Umpan  Kau Tak Sedap!!!!

Hari Selasa lepas, Opah, Tok Wan dan 2 anak dara Opah pergi memancing.  Kami memancing di Kuala Gula yang lebih kurang 30 km dari rumah Opah.  Tiga hari sebelum memancaing, Opah dah siap beli kail seorang satu.  Bukan apa, tak mahu anak2 berebut dengan Tok Wan.  Opah beli pancing murah aje.  Maklumlah  amatur!!!!

Isnin malam Opah siap beri tahu anak2 Opah, kalau nak pergi memancing bangun pagi.  Jam 7.30 pagi nak bertolak.  Malamnya Opah masak nasi lebih sedikit.  Pagi Opah buat nasi goreng. Bagi perut Tok Wan dan anak2 kenyang.  Tak la sedang memancing asyik bersungut lapar.

Dah siap bakul berisi twisters, air sejuk, biskut oats, kitchen towel, tisu dan gelas 2 biji serta nasi goreng, anak2 masih sedap beradu.  Opah jerit dari tingkat bawah ajak makan, barulah terkedek2 sorang2 turun.  Janji nak pergi jam 7.30 pg, last2 jam 9 pg baru keluar rumah.  Ambik kau!!!!!

Lepas berhenti beli bun2 (cacing pantai warna merah) dan udang, kami bertolak terus ke Kuala Gula.  Sepanjang jalan bila nampak aje gerai, Tok Wan mula buat promosi.

Tok Wan : Kalau nak makan sup, kat gerai ni sedap.  Nak makan????
Opah :  Kenyang lagiTok Wan :  Cer call Yeh.  Hari ni dia berniaga kari sembilang tak???
Opah :  Hai bang!!! Ni nak pi memancing ke, nak pi makan???
Tok Wan :  Tak dapat ikan, kita pi makan la! (amboi! bukan main lagi simplenya  perancangan Tok Wan.  2 in 1)

Sampai ke Kuala Gula, semua port yang pernah kami duduk mancing dah penuh.  Maklumlah sampai pun dah jam 11.30 pagi.  Orang mancing dah dapat banyak ikan, kita baru dok tercari2 tempat.  Last2 nampak jeti naik ikan yang kosong.  Jeti tu kecil aje.  Tok Wan dengan anak bongsu excited memancing.  Anak2 dara Opah terus memancing menggunakan umpan udang.  Tok Wan follow tapi Tok Wan guna umpan pun2.

Tok Wan baling aje mata kail berumpan pun2 masuk kuala sungai, terus disambar ikan.  Excited habis Tok Wan.  Dapat ikan duri.  Duri pun duri la.  Janji dapat.  Satu demi satu ikan Tok Wan dapat, semua duri. 5 ekor semuanya.  Apa dah jadi???

Anak2 Opah tukar umpan.  Mula Tok Wan tolong cangkukkan umpan pada mata kail.  Last2 anak Opah yang no 4, beranikan diri pegang umpan pun2.  Dalam dok bubuh umpan pada mata kail, pun2 gigit dia. Terkejut dia!!!  Rupanya gigi pun2 tajam.  Banyak pula tu!

Opah kurang memancing.  Bagi ruang kat Tok Wan dan anak2.  Opah jadi jaga dan mandor.  Apa taknya.  Phone anak no 4 ada 2, phone Opah 1 dan phone Tok Wan 1.   Semua dok dalam bakul makanan.  Kalau dah semua asyik memancing, mahu ada yang hilang phone kena pancing.!

Jadi bila jadi jaga bakul makanan, dah tentu tugasnya makan.  Orang memancing, Opah berkelah.  Minum twister, makan oat dan buka sembang dengan tauke ikan tuan empunya jeti.

Tapi bila tengok Tok Wan dok dapat ikan, jealous juga.  Mai sini Tok Wan.  Kita tukar shift.  I pun nak pancing juga.

Mata pancing berumpan pun2 dah dok dalam air.  Apasal ikan tak makan???  Angkat.  Umpan habis.  Mak ai! masa bila kau makan.

Dah 22 tahun Opah tak memancing.  Dulu zaman muda2, Opah dah Tok Wan akan pergi memancing.  Bila balik bercuti U, dah pasti, lombong dan sungai jadi tempat Opah dan Tok Wan tuju.  Bukan apa.  Sambil relax, kami boleh berbual hal rumah tangga.  Kat rumah tak boleh nak berbual atau bertengkar.  Maklumlah, mak dan mak mentua tinggal dengan Opah.  Plus anak2, ramai jadinya.

Hobi memancing terhenti tiba2 bila berlaku incident Opah dan Tok Wan sesat.  Tak dapat cari jalan keluar.  Kami sesat dari waktu maghrib dan jam 9.30 malam baru jumpa jalan keluar.

Petang tu, Opah dengan Tok Wan pergi memancing di lombong tinggal.  Sekarang ni, lombong tu dah tak ada.  Seronok betul hari tu.  Lontar aje kail, ikan akan makan.  Tempat sunyi.  Opah dengan Tok Wan aje.  Kereta kami parking kat luar.  Dalam baldi dah hampir penuh ikan talapia.  Mak mentua Opah pandai buat ikan pekasam talapia.

Bila dengar azan maghrib, Opah dan Tok Wan bersiap untuk balik.  Tok Wan tengok baldi.  Penuh!

Sementara nak siapkan semua perkakas, hari semakin gelap.  Ikan Opah kepit di tempat duduk depan.  Jenuh Tok Wan drive cari jalan keluar.  Tak jumpa2.  Masa cari jalan keluar tu, kami sampai ke tempat lombong tembak.  Siap ada pondok dan lampu geslin terpasang.  Opah turun tengok.  Orang tak ada nak tanya.  Bila cari jalan lain, sampai balik tepi lombong.

Yang best tu.  Dalam dok tak jumpa jalan, ikan tetap Opah letak di lantai tempat duduk depan.  Tak buang.  Tok Wan tak banyak cakap dan Opah pun tak banyak membebel.  Takut!! Macam2 doa dah baca.  Masa tu Opah mengandung 3 bulan anak nombor 4.  Nasib baik minyak kereta ada........

Dah jam 9.30 malam, baru kami nampak dari jauh tangki air Taman Kayu dan lampu jalan.  Tok Wan ikut aje arah  tangki air dan lampu.  Alhamdulillah, lepas kami!!!!!

Dah sampai rumah, lepas mandi dan sembahyang, Tok Wan tanya Opah.....

Tok Wan :  Ada nampak apa2 tak tadi???
Opah : tak ada apa.  Lombong tembak dan lampu gaslin aje.  Abang nampak apa????
Tok Wan :  Masa nampak lampu jalan dan tangki air tadi, tak tengok kat kanan???
Opah :  Tengok.  Hutan!!!
Tok Wan :  Yang nampak hutan.  Abang nampak kubur.  Batu nisan putih aje

Nasib baik Opah tak nampak kubur dan batu nisan macam Tok Wan.  Kalau tak, mahu terkencing Opah.  Syukur

Lepas tu, Opah tak pernah memancing lagi.  Hari Selasa tu la baru nak mula selepas 22 tahun.  Baru mula dah tentu excited lebih.


Jam 2.30 ptg kami balik.  Hasil tangkapan, Tok Wan paling gumbira.  Opah dengan anak bongsu dapat seorang seekor.  Tapi anak nombor 4 hanya dapat pengalaman aje.  Jangan bersedih!!!  Lain kali kita pi lagi.


Ini Hasilnya!!!!

2 comments: