Thursday, January 19, 2012

Kejar Kucing Hitam

Selalunya Opah dengan anak2 akan bercakap tentang Antu Hitam dan Anak Antu Hitam.  Ni cite mitos yang kadangkala berlaku dalam dunia realiti.  Tapi bila duduk di area baru ini, Opah ditemukan lagi dengan binatang hitam - kucing hitam.  Selalu dalam cite hantu, kucing hitam wujud.  Kucing hitam langkah mayat dan tiba2 mayat bangun dan mula buat huru hara.......

Kucing hitam yang ada di area rumah Opah ni tak tahu siapa ownernya.  Kucing jantan ni bukan main lagi, siap round kawasan dan buat tanda sempadan.  Habis motorsikal, perabot yang di luar rumah Opah dia buat tanda.  Konon kawasan tu dia pajak.

Yang bestnya kat rumah Opah, anak bongsu Opah bela kucing betina.

Ini Boooo (singkatan buang)

Boooo Opah ambik semasa Opah dan Tok Wan pergi beli roti canai.  Tok Wan turun order dan Opah duduk macam mem besar dalam kereta.  Nampak 2, 3 ekor anak kucing dok main2 hampir stall roti canai.  Opah panggil main2.  Tiba2 seekor datang. Bila Opah buka pintu kereta, terus naik.  Dia ingat kereta tuan dia angaknya.  Apa lagi, tuan kedai terus ambil 2 ekor lagi nak suruh Opah ambil bela.  Mak ai.....kena buka zoo macam ni.

Berbalik tentang cite kucing hitam tadi.  Jiran sebelah rumah Opah pun ada juga pelihara seekor kucing betina.  Kucing dia kucing siam sedangkan kucing Opah hanya alleycat - kucing jalanan.

Hari ni Opah tak joging sebab semalam sampai rumah lewat setelah balik ke Alor Setar, Kedah menziarahi Allahyarham kakak Tok Wan.  Selepas breakfast, Opah pun ambil cutter bunga.  Dah lama Opah biarkan bunga tanpa belaian.  Sedang asyik membelai pokok bunga yang hampir layu, terdengar bunyi kucing berkelahi.  Pandang aje, nampak kucing jiran Opah, nama Avo kena pukul dek kucing hitam.  Apa lagi semangat pahlawan Opah pun tiba2 datang.  Opah jerit nak takutkan kucing hitam, tapi makin berani ni.  Kucing hitam kejar Avo dalam pagar, Opah kejar dan jerit dari luar.  Bayangkan kucing lari macam mana dan Opah pula lari macam mana??????

Nasib baik masa Opah kejar kucing, jiran2 tak keluar.  Atau mungkin dia orang tengok drama kejar melgajar daripada sebalik langsir.  Entahlah...... Apapun kalau esok lusa dengar cite, Opah nak bagitau aje, bukan sengaja tapi tiba2 semangat Tun Fatimah menjelma.  Tu pun nasib baik tak datang semangat Incredible Hulk - habis pasu2 bunga Opah baling kucing hitam.

Nanti kau kucing hitam,  Engkau datang nak tackle Avo ke, Booo ke baik2 tak apa!!!kalau dah dua2 reject, jangan nak main pukul2.  Opah  pukul kau pulak!!!!!  Dah anak2 dara tu tak mahu, janganlah main kasar.  Isy3x!!!!!

No comments:

Post a Comment