Sunday, January 1, 2012

Luka Lama Berdarah Kembali

Kata kawan blog Opah, azam tahun baru yang ditanam, kadang2 tak kecapaian.  Opah pun sama.  Berazam sakan nak jadi orang baik2.  Boleh ke????

Dah tentu boleh!!!!!.  Kalau tak baik, dah tentu masuk hospital atau lokap atau penjara.  Tapi kadang2 Allah menguji hambanya.  Tadi tak sengaja, Opah terbuka fb anak buah Opah.  Opah terkejut, kes bertengkar anaksaudara Opah dengan anak  Opah terpampang di fbnya.  Dah hampir dua tahun berlalu.  Maaf bermaafan pun dah dibuat.  Tapi apa bengang benor sampai tak pandai nak delete entry pertengkaran tu.  Terpampang, semua boleh baca.  Kalau anak2 baca kan membara balik sebab ada maki memaki.  Isyx3!!!!

Kadangkala perkara2 macam ni kita kena peka.  Kalau letak di mesej, orang tak boleh baca tapi kalau letak kat public, semua boleh baca.  Orang dapat agak dengan siapa bertengkar.  Keluarga tak besar dan sepupu pun hanya 14 orang aje.  Kalau dah maaf bermaafan, janganlah lagi simpan entry tu!!!!!

Opah bila baca entry tu, sedih juga.  Kalau anak kena kata babi maknanya Opah dan Tok Wan babi.  Kalau dikata anak haram, maknanya Opah dan Tok Wan berzina sebelum kahwin.  Kalau dikata, kurang ajar maknaya Opah dan Tok Wan tak pandai ajar anak.  Kalau dikata 'pukimak' makna mahkota Opah dilelong dalam fb.  Kalau keluarganya dibenci, sapa lagi, keluarga Opah la tu!!!

Allahhuakhbar!!!
Kenapa bila kita berkelahi atau bertengkar, kita jarang menggunakan kata2 direct pada tuan tubuh.  Kitakan cari perkataan yang menyentuh orang tuanya.  Kalau orang tua buta komputer, okey le, dia tak tahu, tqpi kalau orang tua tahu komputer, kan terguris hatinya.

Pada anak buah yang baca entry Opah ni, tolonglah delete.  Opah nak buang tapi tak boleh.  Yang keruh tu, buang le jauh2 dan kita ambil yang jernih.  Jangan diingat lagi!!!!!

4 comments:

  1. Kalau facebook dijadikan tempat untuk berkongsi ilmu,maka baiklah hasilnya...

    Golongan muda sekarang mmg suka cakap lepas tanpa berfikir,bila mereka melepaskan sesuatu kemarahan,ada pihak yg terasa lalu membalas semula dengan kemarahan,dan akan berpanjangan.

    Chef Wan pun dengar kata nak tutup akaun facebook dia,bila ada peminat yg maki2,disebabkan tak puas hati kes dgn Adlin Ramli tu..

    ReplyDelete
  2. Betul Rezza. Bagi Opah yang dah senja ini hanya boleh memberi nasihat, itu pun kalau nak dengar. Kita ni apalah sangat belajar pun kat sekolah atap saja!!!

    ReplyDelete
  3. jgn marah2..nanti blood pressure..usah diskodeng itu budak..sudah 2012..layankn je la gile die..ade la tu yg xpuas ati lak tu..huhu

    ReplyDelete
  4. haha.. jgn dilayan hokey.. alya, aku mmg xakan pg.. sori la erk.. kalo BAPAK dia dah mati, maka babai la.. aku g pn sebab BAPAK dia masih idup.. sekian. wasalam.. dah2, jgn tensen2.. senyum selalu..

    ReplyDelete