Friday, January 27, 2012

Mengapa Jadi Macam Ni????

Semalam jam 9 pagi Opah dapat sms daripada kontraktor rumah Opah.  Dia minta Opah masukkan payment keempat.  Jam 11 pg Opah dan Tok Wan terus pergi Bank Islam.  Seperti biasa Opah jumpa dengan bekas murid Opah.  Masa tu dia ada client, jadi Opah beralih kepada pegawai bersebelahan bekas murid Opah.

Opah beritahun pegawai tersebut Opah nak buat trasfer wang ke bank kontraktor Opah.  Pegawai ni bagus, terus ambil borang Opah dan terus proceed transfer.  Tak sampai 5 minit siap.  Senyum lebar Opah.  Alhamdulillah anak bekas murid kat situ.

Petang jam 3 ptg semalam Opah dapat call daripada kontraktor.

Kontraktor :  Kak As duit tak masuk lagi le????
Opah :  Tadi dalam jam 12 tgh dah masukkan.  Tak pa.  Tunggu jam 6 ptg, check lagi.  (kebiasaannya bila Opah trasfer duit, petang gerenti masuk)

Hari ni jam 11 pg, kontraktor call lagi.  Masih belum masuk.  Hairan Opah.  Cepat2 Opah call bekas murid Opah.  Minta dia tolong check.

Bagus budak ni.  Terus check dan bagitahu Opah.  Semua ok dan minta kontraktor check jam 6 ptg.  Tadi jam 6.30 ptg, kontraktor check dan masih belum masuk.

Alahai!!!!! macam mana boleh jadi macam ni.  Bukan baru sekali ini Opah buat transaksi.  Dah berkali2.  Tak pernah jadi macam ni.  Kesian kontraktor Opah.  Dah le dia baru belajar nak berniaga.  Dah tentu tak ada tauke yang berani beri hutang untuk ambil barang.  Semua perlu cash.  Opah nak masukkkan yang lain, nanti kontraktor dapat satu payment lebih. Risau juga.  Buatnya kerja tak sampai standard yang sepatutnya, ruga Opah.

Sabar le ya cik kontraktor.  Nanti hari Isnin, Opah pergi lagi bank.  Kalau tak berjaya juga transfer, Opah panggil kau datang bank.  Kita ambil cash!!!!!!!!

2 comments:

  1. haha.. bank lain je lah mak.. haha.. ha, pilih2.. bank mane mau.. kami sentiasa open punya.. tarak cuti.. haha.. kuikuikuikui..

    ReplyDelete