Friday, January 13, 2012

Meragam

Waktu anak2 Opah masih kecil, Opah selalu gunakan perkataan ni,  Kalau tak nak makan, tak nak mandi, tak nak pergi sekolah, tak nak pergi mengaji, tak nak itu dan tak nak ini,  Opah selalu kata, jangan dok meragam.  Nak kena rotan, meragam selalu.

Sebut rotan, semua akur.  Mana tak nya.  Opah guru disiplin kat sekolah.  Dalam bilik disiplin tersusun cantik rotan dan dibawahnya tertulis "Perasa Insaf"  Pilih aje nak yang mana.  Sebenarnya bukannya Opah suka merotan, tapi bila ada yang nak test kekuatan punggung (murid lelaki) atau powernya tapak tangan (murid perempuan); apa salahnya!!'!!

Perkataan 'meragam' ni adalah dialek utara yang sinonim dengan " buat hal" atau 'buat ragam' kata orang KL.  Kali ni Opah tak boleh nak rotan sebab yang dok buat hal tu bukan manusia, tetapi wifi Opah ni.  Sekejap dapat banyak kejap tak dapat.  Menyampah betul Opah dengan servis maxis ni.

Baru sekejap tadi, meragam lagi.  Tiba2 out tak ada servis.  Nasib baik dah save, kalau tidak alamat tak ada lagi entry kali ini.

Janganlah dok meragam Wifi, bagilah peluang Opah baca entry anak2 kat KL yang dok meroyan tak tentu hala.  Dari Kak Long hingga ke Kak Cik, semua dok meroyan.  Dua orang meroyan pasal kerja, seorang lagi meroyan pasal anak dan seorang lagi dok meroyan pasal nak cari rumah sewa baru.

Anak2 Opah semua, sekarang baru tahu apa ertinya kehidupan dan kenapa mak selalu meroyan dulu!!!!!

6 comments:

  1. Call customer service jer opah..ugut sikit kata tak nak pakai dah maxis wifi ni...setiap complain kita akan dirakam,so cepat jer mereka atasi hehehe.

    Musim durian ni opah sebab tu depa meroyan kut he3..

    ReplyDelete
  2. Tqvm Rezza. It's a good idea. Nanti Opah try!

    ReplyDelete
  3. Mak on9 smpai pg..tu yg wifi break tu..hehe

    ReplyDelete
  4. aik..suda dapat lappy kat tgn nmpk nyer opah he3... itu budak itam xsibuk ngan lappy da ker :P

    ReplyDelete
  5. haha.. adoi.. meroyan oh meroyan.. nih dah jd kuli suh wat star rating lak.. adoi.. kepala mau pecah.. pecah.. huhu

    ReplyDelete
  6. Alya : Bukan mak tapi Ucu
    Nadia : Itu budak baca buku dan buat hw. Convent ma!!!
    Lydia : Buat aje gambar star, habis cite

    ReplyDelete