Saturday, January 21, 2012

Sedih Vs Gumbira

Semalam lebih kurang jam 4.20 ptg anak nombor 4 phone bagitahu dah bergerak daripada Sunway.  Jam 4.30 ptg dapat sekali lagi call daripada dia kata balik lambat sikit.  Opah pun tanya.  Kenapa?????
 Dia bagi tahun balik dengan Dell.

Opah heran, tadi cakap balik sorang.  Sekarang dah tukar dengan Dell.

Slow aje anak Opah bagitahu, dia xccident.

Terdiam Opah macam terhenti jantung.  Dulu anak Opah nombor 3 kerap xccident.  Pernah sekali masa Opah tengah conduct mesyuarat anak Opah nombor 3 bgtahu dia cium bontot kereta orang lain.  Pun sama kecutnya perut.  Sampai Opah surah PP Opah lead meeting.  Tak tahu la Opah.  4 orang anak Opah boleh drive, tapi bila Opah naik kereta yang dia orang drive, Opah selalu cakap jantung Opah dah tinggal kecil.  Masing2 ketawa.

Tu kisah semalam.  Anak Opah sampai Tepen jam 2.30 pagi.  Pergi ambil di Plus Tol Changkat Jering.  First Opah tengok dia, ada lebam tak? ada luka tak? jalan senget tak?  Semua ok kecuali muka bengkak.  Lega sikit hati Opah.

Ini semua pengajaran yang perlu diperoleh secara sukar.  Mungkin lain kali perkara ini dapat dielakkan.

Hari ini jam 3.00 ptg Opah rasa happy sekali.  Cucu pertama daripada anak kedua call Opah.  Actually call Tok Wan tapi memandangkan Tok Wan driving, Opah la yang sambut cakap.  Opah yang banyak bercakap. Tapi u tau.............................
First time cucu pertama call me PAH!!!!!!!!!!

2 comments:

  1. haha...ku tak larat mau g tgk cucu sulong opah hari..sowi

    ReplyDelete
  2. haha.. itu bdk mmg sudah manyak pandai.. tunggu eh.. nanti ai balik tepen.. hehe..

    ReplyDelete