Monday, February 20, 2012

Batu Bulat Tepi Lombong

2 hari yang sudah, Opah dan Tok Wan pergi tengok orang pasang kerangka bumbung.  Opah tak tau istilah apa yang betul.  Opah pun cepat2 turun dari kereta.  Bukan apa???? Bumbung tu tak macam yang Opah dan Tok Wan nak.!!!!!!!!

Frust Opah.  Semua kerangka dah diskrew.  Opah bagi tau kontraktor.  Worker cakap kenapa tak beri tahu awal.

Bodoh punya worker.  Kenapa pula nak beri tahu dia.  Cukup la cakap dengan kontraktor.

Marah betul Opah.  Mengikut Islam, kalau marah kita kena bersabar.  Dan nak tahan marah, kalau sedang berdiri disuruh duduk.

Dik nak tahan marah, Opah terpaksa duduk.  Tengok keliling, nampak batu bulat.  Agak besar juga.  Muat le bumper Opah.  Terus Opah duduk tapi malangnya batu tu boleh bergolek.......

Mak ai!!!!  bukan hilang marah.  Lagi tambah marah.  Dah habis marah kat orang, marah kat batu pulak.  Kot iye pun kau nak bergolek, tunggu le lepas aku bangun.

Ambik kau!!!!! terlentang kat depan Tok Wan, kontraktor dan worker...... tapi yang bestnya sorang pun tak berani gelak.  Masing2 pandang kat lain...........

4 comments:

  1. haha.. bkn nak marah kat batu sebenarnya tp nak cover malu.. haha.. adoi.. apa la mak nih.. haha

    ReplyDelete
  2. mak bgtau kontraktor...tp y bt keje org lain..y kontraktor plak xbgtau worker die...ha...elok sgt lah

    ReplyDelete
  3. kalau ucu ade, mesti lagi best die cite..siap ade gaye lagi..hee

    ReplyDelete