Thursday, February 9, 2012

Kisah dan Teladan

Masa dahulu, ibu bapa selalu bercerita pada anak2 tentang cerita2 teladan.  Bukan apa.  Nak beri anak2 faham adat dan budaya Melayuy.  Maklumlah masa dulu tak ada tv  atau peti udara (radio).

Masa tu kita boleh lihat bawah pokok, tepi sawah, tepi sungai atau gerai2 kecil berkumpul budak mengelilingi orang tua2 yang pandai bercerita.  Kisah putera dan puteri raja paling disukai ramai.  Maklumlah masing2 hidup susah, jadi berangan2lah kalau2 berjumpa dgn putera atau puteri raja.

Selain kisah penglipur lara, ada juga cerita2 jenaka.  Cerita  Lebai Malang, Mat Jenin, Mak Andeh dan Pak Pandir .........

Kuat pemikiran orang dahulu kala.  Dalam setiap cerita terselit nasihat yang disampaikan secara halus, tersusun dan tersirat.  Hari ni nasihat sudah tak boleh diberi secara tersirat.  Kena beri direct.  Kalau kita guna kiasan dan analogi, orang tak faham atau buat2 tidak faham.

Dulu, kata2 'Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa" sentiasa bermain di mulut orang.  Kini, masyarakat  dah  jauh berubah.  Budaya lemah lembut dan sopan santun Melayu dibuang jauh.  Kalau golongan muda, kita faham.  Tapi kalau yang dah tua, beruban dan dah nak nyanyuk dok ikut macam orang muda2, susah sikit Opah nak faham.

Kebiasaannya apabila kita ditolong, kita akan ucap terima kasih,  Hari ni susah benar orang nak ucap terima kasih.  Kat mulut banyak emas agaknya.  Kalau ucap terima kasih, terbuka mulut terus jatuh emas yang berkg2 tu!!

Semalam kawan Opah ada bercerita.  Seorang hamba Allah ni hidup sendirian setelah kematian suami.  Skrg ni kerajaan dok beri bantuan rakyat 1Malaysia.  Kawan dia yang dok tahu dia ni solo, tolonglah ambil borang,  isi dan fotostat ic dia.  Si balu ni hanya sign aje.  Hantar borang pada ketua kg pun , kawan dia yang tolong.

Tup2 bila dia dapat tawaran, dia diam aje tak bagi tahu pun kat kawan yang tolong dia.  Takut agaknya, nanti kawan yang tolong minta komisen.  Tu la manusia!!!!!

Opah dengar pun Opah geram.  Itu baru dapat RM500, kalau dapat RM500,000 macam mana agaknya!!!!

1 comment:

  1. kalo dpt 500k..bukan takat xbgtau...ngn die die ilang terus hahaha

    ReplyDelete