Wednesday, February 22, 2012

Ku Sangka Rilex Rupanya..............

Dulu masa kerja kerajaan, sibuknya hidup bukan main.  Tak tau apa yang sibuk.  Masa jadi cikgu, pagi mengajar, petang coach bola jaring.  Bila jadi pensyarah maktab, pagi mengajar, petang pun mengajar juga.  Jadi pula school inspector (tak bolah jadi police inspector, jadi school inspector pun jadilah!!!) pun sibuk juga, maklumlah kerja pejabat.

Tambah sibuk, bila duduk pula tak sama Tok Wan.  Hari Jumaat lepas pejabat terus cabut balik Tepen.  Itu rutin Opah sejak jadi pensyarah dan  Jemaah Nazir Persekutuan.  Bab drive kereta sorang2, biasa.  Bab balik jauh malam, juga biasa.  Bab berpindah dari satu hotel ke hotel yang lain dalam seminggu, biasa.  Bab merantau dari utara sampai selatan dan barat sampai timur semenanjung juga biasa.  Malah terbang ke Sabah Sarawak juga biasa.

Yang jarang2 biasa, duduk macam dulu2.  Makan tengah hari atau malam anak beranak sambil kutuk mengutuk syang.

Itu masa kerja.  Sekarang ni dah pencen, Opah ingat boleh lah nak rilex.  Cadang nak buka kitab2 yang lama tak diusik.  Nak duduk juga dengar orang beri ceramah.  Dulu kita aje dok bercakap.

Tapi dah 6 bulan Opah pencen.  Rasanya bukan makin rilex, makin sibuk pulak.  Tiap pagi mengalahkan orang yang bekerja.  Pukul 7 pg hantar anak bongsu pergi sekolah.  7.30 pg joging bersama Tok Wan.  Brekafast jam 9 pg.  Balik rumah, kemas rumah, masak dan tengok2 pokok bunga (kalau sempat).  Jam 1.30 tgh ambil anak bongsu balik sekolah.  Jam 3.30 ptg hantar tiusyen.  Jam 5.30 ptg ambil tiusyen.

Hari ni paling best.  Dari jam 7 pg keluar rumah.  Balik sekejap tukar baju joging, terus keluar uruskan bayaran bil2 hingga  4 ptg.  Balik sekejap anak tukar baju, terus tiusyen dan balik jam 8 mlm.

Itu hari sekolah.  Hari Sabtu dan Ahad barulah Opah ada peluang tadah telinga dengar ceramah agama secara live kat masjid.  Nasib baik ada channel Al-Hijrah 114 kat tv.  Dapat la juga dengar ceramah agama sambil memasak!!!

Tu la, sapa2 yang kata orang pencen rilex, salah................ orang pencen bukan rilex tapi tukar profesion aje. Kalau dulu keje hebat suruh arah pegawai bawahan, la ni ambik kau jadi driver, tukang ambik hantar anak pi sekolah, tiusyen dan tak apa2 lagi................Itu baru seorang, bayangkan kalau 2,3 anak...............!!!!!

2 comments:

  1. haha..baru mak tau kebizian abah selama nih :P

    ReplyDelete
  2. Kalau banyak rilek pun badan sakit Opah.Tapi kalau buat kerja banyak pun sakit juga...beli basikal senaman jer opah,kalau letih pun dalam rumah jer hehehe...

    ReplyDelete