Friday, February 3, 2012

Kursus Haji

Jam 7.15 pagi, Opah dan Tok Wan seperti pagi2 yang lain menghantar anak bongsu pergi sekolah.  Katanya hari ni ada merentas desa.  Sekarang ni musim sekolah buat merentas desa.  Semalam masa Opah joging, SMK King Edward Vll dan SMK Taman Tasik buat merentas desa.  :Penuh laluan dengan dia orang.  Awal pagi dah terdengar suara cikgu lelaki beri arahan.  Berkali arahan diberi.  Dah tentu budak2 sekolah tak dengar arahan.  Maklumlah merentas desa di lake garden.....

Lepas hantar anak bongsu, rutin Opah pergi breakfast.  Port biasa kami gerai ikan sembilang di Asam Kumbang.  Tauke kedai pun dah kenal kami.  Hari ni Opah makan pulut dengan daging masak hitam.  Tok Wan seperti biasa, nasi putih dengan kari ikan sembilang.  Tak jemu ke Tok Wan ni!!! Semalam pun makan kari ikan sembilang.  Fikir punya fikir, bagus juga Tok Wan tak cepat jemu.  Kalau tak?????

Jam 8.30 pagi, Opah dan Tok Wan dah tercegat di depan Masjid Taiping.  Excited nak ikuti kursus haji.  Bukan tak pernah ikut.  Tapi kali ini excited lebih.  Pegawai yang uruskan kursus suruh kami pergi minum dulu.  Nak minum apa lagi cik oiiiiii............ dalam perut ni dah bergelen air plus pulut.  Nak masuk dalam masuk ke dewan, orang baru nak sapu.  Last2, kami pergi minum jugak.........

Masa kursus, Opah duduk baris pertama bagi kaum ibu.  Duduk belakang takut tak dengar.  Maklumlah kaum wanita ni kadangkala penceramah di depan bagi ceramah, dia di belakang tukang perjelas pula pada ahli yang lain.  Rupanya apa yang Opah bimbangkan tak berlaku.  Mungkin kursus ini dikendalikan oleh travel agency, jadi masing2 yang dah lanjut usia ni terpaksa dengar betul2.  Kami pun tak ramai, lebih kurang 50 ahli sahaja.  Ramai yang belum datang, sibuk bekerja agaknya. Alhamdulillah,  Clear dengar suara penceramah!!

Topik hari ni tentang Rukun Islam, Jihad dan Ketahanan Diri.

Banyak cite yang berlaku ketika mengerjakan haji.  Di Mekah, segala tingkah laku, niat hati dan kata2 dibayar cash oleh Allah.

Kisah l -  Penceramah hilang jubah, kain pelikat, t-shirt gara2 mengeluarkan kata2 kesat pada seseorang yang memegang isterinya.

Kisah 2 - Jemaah haji yang berkata yang dia ke Mekah untuk relax.  Sampai di Jedah, jemaah ni mula sakit kaki sehinggalah selesai menunaikan haji, kakinya tidak sembuh.  Terpaksa berehat di hotel.  Masa balik, sebelum naik penerbangan balik, kakinya tiba2 baik seperti orang yang tidak pernah sakit kaki sebelumnya

Kisah 3 - Jemaah haji terpaksa berbaris panjang untuk ke tandas bagi melepaskan hajat.  Seorang jemaah lelaki terpaksa  kencing dalam botol (ini biasa di Mekah kata ustaz).  Masa kencing ok aje, tapi bila dah habis kencing, anunya tak boleh keluar.  Puas nak keluarkan, sehingga di tolong oleh ustaz dan rakan2

Kisah 4 - Di Mekah, orang yang dah berusia, gatalnya semakin meningkat.  Travel agency ni menyediakan satu bilik bagi pasangan yang nak melepaskan rindu.  Ramai yang dok minta kata ustaz.  Terutama kaum wanita (gate beno kaum wanita ni.  Opah rasa bukan wanita yang gate.  Yang gate, orang jantan kot, tapi malu nak minta kat ustaz kunci bilik tu..........................)

Tapi yang Opah paling seronok nak ikut Zahafiz travel agency ni sebab dia sediakan pembimbing untuk kita bagi memastikan amalan yang kita lakukan itu betul dan sempurna.  Itu yang paling best........

2 comments: