Friday, March 30, 2012

Bila Kita Mengata Orang...................

Al-kisah terdapat sepasang suami isteri yang tinggal di taman yang kehidupan masyarakatnya sentiasa dalam keadaan riang ria.  Pasangan ini sudah agak berumur dan dikurniakan Allah seorang putera. Paras rupa putera pasangan ini menyerupai ayahandanya tetapi kulit puteranya mengikut bondanya, yang agak gelap.  Pasangan ini memelihara puteranya dengan penuh kasih sayang, terutama si bonda.

Kebutalan si isteri bekerja agak baik dan pendapatan lebih tinggi daripada suaminya.  Pada awal perkahwinan, siisteri merupakan isteri mithali tetapi setelah ia menjawat jawatan yang agak tinggi sebagai penolong kanan di sebuah sekolah rendah, taringnya mula keluar.  Kehebatannya mencontrol orang bawahannya, telah mula di bawa ke rumah.

Banyak benar perkara yang tidak indah di matanya.  Anak saudaranya yang gemuk, dikatanya akan lewat berkahwin.  Anak orang berkahwin tak pakai tudung, hebuh sekampung dijajanya.  Kesilapan orang lain sentiasa diperkatakan.

Baru2 ini pasangan ini mengahwinkan anaknya.  Ramai sanak saudara dan sahabat handai yang dijemput. Masing2 ingin melihat isteri putera pasangan ini.  Al-maklum, anak hanya seorang.

Pabila sampai sahaja ke rumah pengantin perempuan, masing2 terkedu.  Pilihan putera pasangan ni, sama seperti yang selalu dikata oleh ibunya.  Pengantin perempuannya gemuk, berusia melebihi puteranya dan yang paling mengejutkan pengantin tidak bertudung.  Semua sanak saudara dan sahabat handai saling berpandangan.......

Allah hu akbar!!!!!  Sesungguhnya benarlah apa yang dikata, bahawa sekarang Allah bayar cash......

5 comments:

  1. Salam!

    Bagi Rezza Allah tu maha adil,apa yang kita tak suka,yang itulah dia akan bagi dan diuji.Sebab itu prinsip hidup kita jangan cakap besar dan mengata orang itu dan ini.Sebab Allah akan bagi cash seperti Opah kata,dia tak bagi Cheque or bank draf.

    *kalau kita tak suka pun,berdoa jer agar kita tak dapat benda2 yang kita tak berkenan.Tapi kalau Allah nak bagi juga,kita terima mungkin ada hikmah disebaliknya.

    ReplyDelete
  2. Memang betul Rezza. Dalam apa keadaan pun kita kena banyak berdoa dan redha dengan pemberian-Nya.

    ReplyDelete
  3. haha..Allah byr CASH.. kita siapa nak meramal masa depan.. KUASA hanya milik ALLAH.. oh.. tunggu ye wedding alya, nanti ai kurus ye.. haha.. verangan.. haha.. ai xmau la sebaris ngan menantu org itu, opss.. terlebih sudah.. haha..

    ReplyDelete