Friday, March 2, 2012

Cobaan!!!!!!!!!!!!!..................

Filem Pendekar Bujang Lapok lakonan P. Ramlee, S. Shamdudin dan Aziz Sattar menceritakan kisah 3 bujang menuntut ilmu silat daripada seorang pendekar.  Pelbagai dugaan dihadapi.  Semua dugaan daripada hantu syaitan jangan diambil pusing.  Pesanan tok guru, semua itu 'COBAAN!!!!!"

Nampaknya Opah dan Tok Wan juga kena jadi macam 3 bujang terlajak ni.  Dalam keseronokan nak masuk rumah baru, rupa2nya ada yang memendam rasa, menjeruk hati, menyimpan dendam, menyebar fitnah, membawa mulut, mengadu domba, menghasut dan pelbagai meN..... lagi.  Tak boleh nak disebut sakitnya hati dia pada Opah dan Tok Wan.

Tanah sekangkang kera yang Opah beli katanya milik dia sebab dia yang teroka tapi pada geran nama orang yang jual ------Cobaan!!!!!

Katanya kawasan hutan dan berpaya tepi tanah Opah selalu banjir,  ada ular sawa sebesar paha, ular tudung selar panjang bermeter2, kera, babi hutan dan apa2 tah lagi.  Opah bina pagar simen tinggi 5 kaki - dikatakan tak mahu bermasyarakat - -- Cobaan!!!!!!

Katanya pada jiran bersebelahan tanah Opah, jangan beri pekerja letak motosikal dan motokar, nanti rumput matai ------ Jiran tak dengar hasutan -----Cobaan!!!!!

Katanya pada jiran bersebelahan bahagian belakang yang tanahnya masih kosong, Opah bina rumah termasuk tanahnya, pergi check batu sempadan - Tok Wan bagi tahu tanah diukur 2 kali.  Habis RM1050.00.  Boleh surat ukur untuk pengesahan ------Cobaan!!!!!

Diikat kambing pada benih buluh madu yang baru Tok Wan beli dari Perlis ----------Cobaan!!!!!

Bila ditegur perbuatan itu yang menyalahi perlakuan orang Islam, maka anak mudanya dengan sombong berkata 'Islam ada 2".  Islam pertama apa dan Islam kedua apa pula?????

Bila Opah fikirkan, adakah anak muda itu faham maksud ISLAM

Adakah mengayam ketupat itu Islam?
Adakah menghasut itu Islam?
Adakah menambat kambing dengan niat untuk merosakkan tumbuhan tuan tanah itu Islam?
Adakah masuk ke premis orang tanpa kebenaran itu Islam?
Adakah berprasangka buruk itu Islam?
Adakah mengadu domba itu Islam?

Alhamdulillah!!!  Dalam usia petang ini, Opah dan Tok Wan yang memilih untuk hidup bersama masyarakat Melayu akan kembali memahami budaya Melayu.  Opah akan memahami nanti maksud orang muda itu, Islam ada dua?????




 

5 comments:

  1. begitu ler bila duduk dlm kawsn kmpg...kalo rezeki baik dpt jiran baik...kalo x...mcm y gitu ler

    ReplyDelete
  2. Banyak betul dugaaan dan cobaaan nya...walaupun zaman milenium dah sekarang ni,masih ada lagi sikap orang2 melayu seperti dalam filem dulu2.Dengki,hasad,fitnah semua ada.

    Opah,lain kali jawab"kamu nak islam PAS ker islam BN hehehe...sebab dia nak 2 kan...

    ReplyDelete
  3. Nadia : Yang tak baik hanya seorang aje. Yg lain ok. Kita minta doa pada Allah supaya dia jadi baik.
    Rezza : Islam ni hanya satu aje tapi kalau dah berpecah belah, tu yang buat bukan Islam dok permain kita.

    ReplyDelete
  4. tak pe le mak, kalo duk luar umah nampak die tegur2 gitu sudah...tak payah nak g nyembang2 sgt...kang die g citer kt org lain ngarut2 psl kiter..elok2 bckp ngn org lain kang sbb batu api die lsg xbckp

    ReplyDelete
  5. haha.. nampak sgt bodohnya.. haha.. islam hadhari kut? haha.. adoi kesian kat org bodoh mcm tu.. haha..

    ReplyDelete