Tuesday, March 13, 2012

Kesiannya Adikku Ini!!!!!!!

Hari ni Opah tak pergi joging.  Al-maklum anak bongsu pagi2 lagi kacau masuk bilik tidur Opah nak suruh hantar dia pergi tiusyen.  Sibuk betul dia ni!!!  Cuti sekolah pun masih nak pergi tiusyen.

Lepas hantar Ucu, Opah pergi ambil duit nak bayar kontraktor nak submit plan untuk dapatkan OC.  Rumah Opah dah hampir benar siap.  Rupanya bila rumah nak siap, lebih banyak RM yang keluar.  Luruh juga rambut Opah pergi tentang lampu, kipas, heater, kabinet, dapur dan, dan, dan.......

Jam 9.00 pg kontraktor called, janji nak jumpa kat rumah baru Opah.  Bila Opah sampai, nampak dia orang suami isteri dok kusyuk bersembang.  Muka si suami masam aje.  Hai!!! berkelahi suami isteri ke???

Kontraktor Opah budak muda lagi.  Yang isteri baru lebih kurang 36 tahun dan suami lebih kurang 40 tahun.  Masih handsome dan cun.  Tok Wan pun terus tanya pada si suami kenapa nampak marah.  Elok aje tanya, macam peluru mesin gun, dua2 bercerita..............

Ambik kau......rupanya kontraktor ni terasa hati dengan seorang adik customer dia orang.  Adik owner rumah yang sedang dalam binaan ni terlalu kepo.  Rumah dah abang dia suruh kontraktor ni buat, tapi dia pandai2 nak sub orang untuk plaster, ceiling, cat, pasang mozek.  Jadi kontraktor ni kata, kalau dah semua dia nak sub ikut kepala dia, mana kontraktor nak dapat untung.  Orang dia ada dan boleh buat.  Pekerja dia siapa nak bayar gaji...........

Opah kesian dengar keluhan dia orang suami isteri.  Kawan baru nak belajar bina rumah.  Bayaran yang diambil lebih murah berbanding kontraktor terkenal.  Janji dapat  menapak dalam dunia pembinaan bangunan.  Baru nak mula, dah ditimpa dugaan!!!!!!.

Tu la kita orang Melayu.  Kalau dah pandai cari sub sana sini, tak payah la pakai kontraktor.  Ini tak???? bab piling, tambah tanah dan yang susah2 suruh kontraktor.  Bab finishing, sendiri nak untung.  Pada kontraktor kecil  Melayu, berani buat, cer kontraktor besar Cina,  tunduk macam pengantin baru.  Main pakai 'ya' aje!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

2 comments:

  1. itulah masalah orang melayu...adik sendiri pun nak ambil untung atas abang...ape punya adik ntah...

    kalo abg byr rm2 kpd contraktor utk siapkn tiles.. adik sub kt org lain rm2.30.. dah sah2 30sen msk poket die..

    tgu jela kt akhirat nti...jenuh le menjwb

    ReplyDelete
  2. Salam Opah,

    Dorang nak meniaga style yahudi...atas angin...mmg banyak kontraktor buat macam ni...fast money!

    ReplyDelete