Friday, March 2, 2012

Ku Sangka Settle, Rupanya Belum.....Indon2!!!!

Hari ni seperti biasa Opah dan Tok Wan pergi masjid dengar ceramah.  Dah ada masa lapang, tambah2 le mana yang patut.  Masa dok dalam masjid, kontraktor call.  2 kali.  Apa hal pulak ni???

Habis ceramah, Opah call balik.  Tanya khabar.  Rupa2nya bumbung yang dibuat tak sempurna.  Kontraktor sub pada taukey bumbung yang guna pekerja Indon.  Buat silap - lain disuruh, lain dibuat.  Complaint.  Protes - buat janji siap.  Bila check oleh kontraktor, pasang perabung tak sama.  Sebelah rendah, sebelah tinggi.

Apa?   Dia nak suruh Opah mandi air hujan ke????  Dah le Tepen ni hari2 hujan.  Kalau tak pagi, petang.  Kalau tak petang, malam.

Tarik nafas panjang Opah dengan Tok Wan.  Patutlah dulu kawan Opah kata susah buat rumah.  Baik beli yang dah siap atau daripada pemaju.  Tak pening kepala!!!

Nasib baik kontraktor bagus.  Alhamdulillah.  Kalau tak, dok semingu, pakai mandi air hujan le Opah.  Part yang tak sama tu, betul2 atas master bedroom.

Hairan sungguh Opah dengan pekerja Indon ni.  Dah le datang mencari rezki kat negara kita, tak tahu berbudi bahasa langsung.  Tak panjang akal.  Kalau buat cantik, boleh orang rekomen pada orang lain utk cari side income.  Ini tak!!!!!!!!!!!!

2 comments:

  1. so lambat lg r nak siap umah tu?? da bumbung kena bt balik

    ReplyDelete
  2. Duit nak...reja pulak lambat...sabar Opah yer...nak siap dah tu.

    ReplyDelete