Friday, March 9, 2012

Minta Toothspit Satu!!!!!

Orang Kedah memang suka cakap orang putih.  Orang putih yang diMelayukan.  Jadi kat dalam rumah Opah ni ada wakil tunggal orang Kedah.  Jadi sekali sekala dengarlah bahasa orang putihnya sepatah sepatah.

Hari ni Taiping hujan lebat.  Dari jam 3.30 ptg  hujan dah mula turun renyai2.  Jam 5.00 ptg terus turun macam empang (dam) pecah.  Masa tu Opah dan 2 anak Opah plus seorang rakannya keluar ke bandar Taiping.  Anak bongsu Opah pergi tiusyen as usual.  Opah pula window shopping, buang masa sebab anak bongsu hanya tiusyen sejam aje.  Kalau balik, elok buka pintu pagar, tutup dan tak sampai 5 minit, buka pula keluar untuk ambil dia balik.

Jam 6 ptg kami bertolak balik.  Sampai ke Jejantas Kota West, Opah tengok kereta berderet.  Cuba elak jam dan masuk jalan Air Kuning.  Juga jam.  Ada kereta yang pusing balik ke bandar.  Masuk jalan Pokok Assam.  Jalan Banjir dan rumah kiri kanan masuk air.  Pusing semula ke bandar. cari kedai makan.  Lapar.  Dah jam 7.30 mlam.

Lepas makan jam 8.30 mlm, hujan masih lebat.  Terus ikut jalan Aulong.  Alhamdulillah sampai Simpang.  Nak masuk ke Taman Opah, banjir.  Mak oi......macam mana nak balik rumah.  Anak Opah yang drive, masuk juga redah air banjir.  Alhamdulillah!!!!  Sampai rumah.

Tak sempat masuk rumah, Opah cite kat Tok Wan yang tukang buka pintu pagar.  Opah bagi tahu rumah teres bahagian depan, banjir.  Kesian!!!! air masuk dalam rumah.  Tengah excited Opah bercerita, Tok Wan bukan nak dengar tapi dok asyik minta," Ambik toothspit satu, atas tu toothspit satu!!!!!"

Isy3x!!! Bukan nak respon pada cite kita.  At least tunjuklah sikit minat kat cite kita.  Ni tak???? Sumbat sebotol toothspit dalam mulut baru tau..............

4 comments:

  1. Haha..abhkn cikgu bahasa inggris..the weather is clear..tet!
    -today not clear..huu-

    ReplyDelete
  2. Haha..seb bek x suh amik not pure tooth...kekekekke

    ReplyDelete
  3. hehehe..ala Tok Wan nak manja dgn Opah tu....

    ReplyDelete
  4. haha.. abah kena marah ngan ucu sebab ajar salah.. haha.. the wheather is fine la hokkey.. bkn clear.. haha

    ReplyDelete