Sunday, March 11, 2012

Uban

Uban atau white hair ni mula muncul dalam hidup kita bila melintasi umur 40-an.  Tapi hari ni Opah tengok dah ramai anak2 muda beruban.  Macam2 sebab boleh diberi.  Salah shampoo, salah minyak rambut, stress kerja , stress study dan 1001 macam alasan.

Tapi uban kat kepala Opah ni bukan kerana stress ke atau salah shampoo.  Dah nama usia lewat, sure uban datang menjenguk.  Ustaz kata uban tanda seseorang tu dah matang.  Dah banyak ilmunya.  Tinggi pengalaman.  Bak kata orang tua2, "Dah banyak makan garam!"

Opah sejak tumbuh uban sebatu satu hinggalah sekarang dah rapat2 suka benar suruh anak2 cabut.  Walaupun Opah tau cabut uban makruh, tapi dok suruh juga anak2 cabut.

Masa anak2 Opah kecil, semua kena cabut uban.  Dari yang tua sampai yang bongsu.  Anak2 Opah ni cerdik.  Bila dia orang tengok Opah tertidur, dia orang cabut.  Yang lagi best, Opah belum tertidur, yang cabut uban dah tidur.

Gaya cabut uban pun ada pelbagai.  Opah boleh cam siapa yang cabut.  Ada yang teliti, belik satu2.  Jadi cabutannya tertib.  Ada yang main cabut aje, sampai dua tiga urat rambut sekali cabut.  Kadangkala rambut hitam pun cabut juga.

Sebenarnya anak2 Opah tak tau kenapa Opah suruh dia orang cabut uban.  Belaian jari2 halus bermain dengan rambut menyebabkan Opah rasa disayangi dan dekat dengan anak2.

Sekarang ni anak2 dah dewasa.  Ada yang dah  kahwin.  Ada yang dalam proses nak kahwin.  Masing2 sibuk dengan urusan sendrii.  Kalau Opah suruh dia orang cabut uban, terpaksa merayu2..................... Itu baru nak cabut uban!!!!!!

4 comments:

  1. haha..tau motif nye...tapi still malas.. den rela g masak dr melangut cabut uban :P

    ReplyDelete
  2. Salam Opah,

    Opah mintak tolong dengan Tok Wan...hehehe...

    ReplyDelete
  3. haha.. upah la.. satu uban, satu hinggit.. haha

    ReplyDelete
  4. Hehehehe....sape nak cabut uban i plak? I bayar pakai rupiah..

    ReplyDelete