Sunday, April 1, 2012

Alhamdulillah!!!!

Semalam Opah dan Tok Wan pergi ke rumah baru sudah lewat petang.  Opah tunggu taukey aircond datang utk ukur bagi penyediaan tapak aircond.  Kalau pasang pipe awal sebelum plaster, mudahlah sikit dan costnya pun murah.

Sebelum Cina tu sampai, jiran baik kami namanya Mie datang tengok rumah.  Baru sekali ni dia datang bawa anak2 tengok rumah, walaupun rumah dia bersebelahan rumah baru Opah.  Air dan elektrik, dia yang supply.  Baik sungguh jiran ni.  Hanya Allah yang dapat membalas budi baik yang diberi.

Masa berbual dengan Tok Wan dia bagitahu malam semalam lewat jam 8 mlm, lalang di belakang rumah baru Tok Wan terbakar.  Api naik tinggi dan merebak ke rumah kosong berhampiran rumah baru Opah.  Nasib baik Mie ada di rumah.  Cepat2 dia padamkan api yang sedang merebak tu.  Kalau tidak.....tak tau la Opah apa yang jadi pada rumah baru Opah tu.....

 Syukur alhamdulillah Opah.  Tuhan telah menyelamatkan Opah dan Tok Wan.  Tak berani Opah nak tuduh sesiapa.......cuma kenapa agaknya ada yang tidak berhati2 masa membuang putung rokok atau membakar sampah.................

4 comments:

  1. Syukurlah lah Opah,tak ada apa perkara yang buruk berlaku,jiran pun perihatin,susah nak jumpa jiran macam tu lagi,ada mmg ada tapi byk yg mengada-ngada.

    Bila siap rumah Opah tu?

    ReplyDelete
  2. janggan ditanya bila siap haha...kang kena dtg angkut barang2.. owh tidakkkkkk...dulu terlepas..skang aku plak kena. padan muke aku :P

    ReplyDelete
  3. haha.. padan ngan muka ko k.. nanti kita wat homewarming yeh.. ajak itu mie datang yer.. org dah bbudi, ape salahnya kita bbahasa kan.. hehe..

    ReplyDelete
  4. Rezza : Insyallah. akhir bulan April siap le
    Nadia : Kali ni semua kena. No ascape
    Lydia : All right. Kita buat barbeque kambing. Best yoo

    ReplyDelete