Monday, April 9, 2012

The Journey Of My Life - Part 3

Kehidupan Opah tak banyak warna warni.  Rutin aje.  Pagi tengok ayah Opah ajar kawad, petang ikut abang, main.  Bila Opah dapat adik kembar lelaki, Opah kerap duduk bersama kakak sulung Opah.  Kawasan sama, cuma barrack berbeza.  Kakak tiri Opah kawin muda, umur 15 tahun, suami dia 19 tahun.  Jadi hari2 kakak Opah datang ke rumah kami.

Waktu kecil Opah agak gempal (gemuk le tu!!!).  Orang suka budak gempal.  Kerap Opah dibawa oleh anak buah ayah ke barrack dia orang.  AC2 bujang ni banyak ration lebih, terutama coklat.  Jadi banyak le coklat Opah dapat.

Masa tu tak tau nak beli coklat sebab coklat banyak.  Kalau nak coklat, tunggu trak askar atau polis lalu.  Mesti askar2 tu baling coklat bila tengok budak2 kat tepi jalan.  Apa lagi.  Kutip!!!!

Selain coklat, kentang pun banyak.  Ni semua makanan mat saleh.  Opah, pagi mak Opah rebus sorang sebiji kentang dan telor sebagai breakfast.  Masa tu tak ada nasi lemak.  Yang ada kentang rebus, telor separuh masak dan coklat.  Betul2 budaya Inggeris yang dibawa.  Satu lagi yang Opah masih ingat, kalau AC ni balik camp, pasti ada joget lambak.......... Opah tengok anak2 muda dan yang dah tua pun dok menari joget, serampang laut dan entah apa2 nama tarian barat kat atas stage.  Kami yang budak, dok le jadi penonton!!!!

Semasa Opah umur 4 - 5 tahun, kami pindah ke Lasah.  Kawasan pedalaman sedikit.  Memang kawasan hitam.  Opah masih ingat, budak2 ketika menaiki trak ke bandar Sungai Siput atau kawasan2 tertentu, sekiranya trak berhenti tiba2, semua mesti terjun ke tanah melalui lubang bulat yang dibuat di bahagian tengah belakang trak.  Kami diajar cara terjun.  Opah suka benar duduk di bahagian lubang tu.  Complete ayun kaki.   Pernah sekali, trak yang Opah naik bersama ayah dan mak berhenti tiba2 bila dengar dentuman senapang.  Ayah dan anak buah ayah terjun dulu ikut lubang, lepas tu, mak, kakak, abang dan Opah pula turun.  Berhimpun kami bawah trak.  Takut tak tau nak kata!!!!!!!!!!!

Satu lagi yang Opah ingat.  Kalau keluar ke bandar, mesti balik cepat sebelum malam.  Opah tak ingat pukul berapa, tapi kalau lewat pintu utama sudah ditutup.  Opah, kakak dan abang kerap mengikut budak2 bujang tengok wayang.  Alamat, bila balik kem, kena panjat pagar.  Nak panjat satu kerja.  Pagar tinggi complete dengan dawai, macam pagar penjara.  Selalunya dua orang panjat dulu, seorang hulur Opah disambut oleh orang atas pagar, dan kemudian disambut oleh yang di bawah.  Pernah juga kena tangkap....tapi Opah tak tau apa budak2 bujang tu kena........................Nasib kamu le labu!!!!!!!!!!!

Di Lasah, ada sesuatu yang istimewa.  Titi gantung menyeberangi Sungai Lasah...............air jernih dan sejuk!!!!!!!!!  seronoknya................. next entry Opah cite bab mandi sungai.......

1 comment:

  1. Opah lompat pagar nak tgk wayang?huh...hebat tu,Untung Opah dapat rasa pengalaman macam ni.Budak sekarang dengar dentuman mercun jer tiap2 tahun kat dataran...

    Sungai..Rezza mmg suka sungai.

    ReplyDelete