Tuesday, April 17, 2012

The Journey Of My Life - Part 4

Waktu kecil semasa di Lasah dan di Sungai Siput, Opah suka melihat ayah Opah ajar kawat.  Masa itu semua arahan dalam bahasa Inggeris.  Ayah Opah yang tak pernah pergi sekolah Inggeris, tapi bila dah kerja dengan orang putih, pandai pula dia cakap mat saleh.

Perkataan yang selalu Opah tiru - attention, squad, in two quick march, fire.  Bila kami main perang2, Opah selalu sebut 'Fire'.  Opah waktu kecil kena ikut abang pergi main.  Jadi, permainan Opah waktu kecil bukan anak patung.  Opah main polis sentri, tembak menembak, bola sepak, guli, getah, lestik burung dan semua jenis permainan lelaki.

Ayah Opah memang garang.  Anak buah panggil 'Harimau Berantai".  Bukan aje kat tempat kerje, kat rumah pun sama.  Bila ayah ada kat rumah, kami adik beradik jadi manusia paling tertib.  Makan tak dengar sudu berlaga.  Setiap biji nasi mesti dimakan. Sama juga dengan lauk.  Ayah pantang tengok anak2 makan bertabur.  Apa yang ayah ajar, sampai sekarang Opah dok ingat.

Masa di Lasah, ayah dinaikkan pangkat Inspektor.  Besar pangkat untuk orang Melayu masa tu.  Tak lama ayah pegang jawatan tu sebab bila ayah tumbuk mat saleh yang marah menghina orang Melayu, pangkat ayah dicabut satu.  Jadi ayah berhenti tak lama selepas insiden tu dengan pangkat Sarjan.  Macam Sarjan Hassan tapi ayah Sarjan Muhammad.

Bila Opah dah besar, ayah kerap menceritakan kisah kerjanya kepada Opah.  Apatah lagi kalau kebetulan Opah dan ayah melalui kawasan yang pernah dia jaga dahulu.  Kata ayah semasa masuk hutan, ronda kawasan, orang putih dari England yang jadi bos, penakut.  Depan, orang kita, belakang pun orang kita.  Dia dok kat tengah2.    Bunyi tembakan, sembunyi belakang pokok.  Nak bagi arahan, tanya Sarjan dulu.  Macam cerita Combat.  Fikir2 sekali, nak buat ape mat saleh tu jadi hero, bukan tanah air dia orang pun..............

Jadi tak usah la dok kata, orang Inggeris mempertahankan Malaya daripada serangan Jepun.  Yang depa jaga pun harta benda dia orang.  Kalau memang nak jaga Malaya, tak kan dia hantar anak bini balik England.  Biar le anak bini ada, baru semangat nak lawan.......................betul tak????????????

1 comment:

  1. British datang sini bukan nak bela org melayu pun,nak ambik kekayaan bumi malaya je.

    Orang putih pun penakut juga...mmg pun.

    ReplyDelete