Wednesday, April 4, 2012

The Journey Of My Life..............

BAB 1:

Opah anak kelahiran sebelum merdeka pada 21 Julai 1953.  Dilahirkan di barrack AC atau Assistance Constable, Sungai Wang, Bruas, Perak pada zaman pemerintahan Inggeris.  Ibu Opah bernama Zabidah Mohd Zain anak seorang guru Al-Quran, manakala ayah Opah adalah anak murid kepada datuk Opah.  Zaman dulu orang mengaji dah berumur belasan tahun.  Bukan sekadar membaca Al-Quran, complete mengkaji agama Islam itu sendiri.  Masa tu la agaknya ayah Opah mengorat mak Opah.  Isy3x!!!!!

Ibu Opah sebelah emak adalah keturunan Jawa manakala sebelah bapa pula adalah keturunan Kerinchi.  Dulu ada cerita orang Kerinchi yang bertukar jadi harimau jadian.  Jadi waktu kecil Opah selalu usik mak Opah.  Ayah Opah pula sebelah ibu adalah berketurunan Banjar sementara datuk Opah sebelah bapa Mohammed bin Daugan  adalah daripada orang Istana keturunan Aceh.    Sebenarnya nama atuk Opah ialah Abdul Ghani tetapi orang Banjar sebut Dogani, jadi benggali kat post office pun tulis Dogan, Dugan dan Daugan.  Ambik kau!!!!.

Menurut cerita ayah dan kakak sulung ayah Opah, datuk Opah datang ke Malaya menaiki perahu semasa pergolakan istana Aceh.  Datuk Opah melarikan diri dari Aceh dan menukar namanya.  Apa yang Opah masih ingat semasa Opah kecil, ayah Opah selalu mengasapkan keris pada setiap malam Jumaat.  Tapi bila ayah Opah mati, Opah tak tahu mana pergi keris tersebut.  Yang tinggal dalam simpanan  Opah hanya dua badik, lembing dan catatan berkenaan pengajian agamanya.

Ayah Opah rajin menuntut ilmu, sama ada ilmu agama dan ilmu kepahlawanan.  Mungkin dalam darahnya telah ada darah pahlawan.  Ayah juga rajin menuntut ilmu kedukunan.  Masa Opah kecil, kerap juga Opah menengek dekat ayah Opah tenguk dia berubat orang sakit.

Adik beradik Opah yang sama emak bapa 3 orang.  Sebenarnya ramai adik beradik Opah tetapi kebanyakannya mati kecil.  Anak sulung emak Opah, hilang setelah sarat sembilan bulan.  Anak kedua, kakak, ketika kakak tetapi meninggal ketika berumur 2 tahun kerana jatuh dalam bilik air, anak ketiga abang Opah, anak keempat Opah dan anak kelima kembar dua Abdullah Sani dan Omar Baki, meninggal ketika berumur 3 bulan dan 7 bulan.  Kerana ramai yang mati, mak dan ayah Opah jadi begitu protected pada yang mudah sakit.  Dalam 3 beradik ni, kakak dan abang mudah benar sakit.  Entah betul entah tidak sakit dia orang ni.  Bila dia orang kata demam, dan yang kecik sentiasa ok, maka jadilah Opah anak yang kerap bersama ayahnya.....................

Kesannya...........nanti Opah cite lagi dalam bab 2

2 comments:

  1. hikayat opah bermula...trenggggg...

    ReplyDelete
  2. Salam Opah...

    Jauh susur galur keluarga Opah rupanya....datuk saya belah mak dari aceh juga.Sambung nanti yer Opah...

    ReplyDelete