Saturday, April 7, 2012

The Journey of My Life......Part 2

Tempat kelahiran Opah Sungai /Wang, Air Terjun, Bruas sudah tidak ada lagi.  Taukey lombong bijih timah dah lama meninggalkan lombong bijih timahnya.  Kalau dicari Sungai Wang di kawasan ini, orang muda angkatan baru sudah tidak tahu.  Nama tempat ini sudah jadi sejarah silam.  Waktu Opah kerja dulu, pernah juga Opah cari tempat kelahiran Opah.  Opah tanya guru dan murid2 yang tinggal di Air Terjun.  Tak seorang pun tahu.

Walaupun kampung kelahiran Opah telah lesap, nama kampung itu muncul di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur.   Menurut cerita orang tua yang masih ada di Air Terjun, taukey lombong bijih yang kaya itu telah pindah ke KL dan membina supermarket di Kuala Lumpur.  Supermarket tu dia guna nama Sungai Wang.

Tugas ayah Opah menyebabkan kami sering pindah randah.  Seingat Opah, Opah pernah tinggal di Lasah, Sungai Siput dan bila ayah berhenti kerja, kami pindah ke Lubuk Merbau, Kuala Kangsar.

Dunia kanak2 Opah agak terbatas.  Ayah Opah cukup garang dan kami adik beradik gelar ayah, Harimau Berantai.  Silap sikit, tali pinggang atau rotan hinggap di belakang.  Yang kerap menjadi mangsa ialah Opah kerana yang dua orang lagi tu kerap demam.  Mungkin kerana kerap dirotan, Opah menjadi anak yang nakal.

Di Sungai Siput, Barrack kami berhampiran dengan rumah kedai yang membuat sagon beras.  Kerak nasi di jemur di hadapan kedai.  Opah join budak2 lelaki pergi curi kerak nasi yang sedang dijemur.  Bukan nak makan pun, tapi seronok tengok nyonya menjerit marahkan kami.

Tapi bila mak nyonya report dengan Tok Mat (ayah Opah le tu), geng pencuri kerak nasi pun................!!!!! Minta ampun!!!!! Janji tak buat lagi!!!  Betul ke tak buat???????????????

3 comments:

  1. Owh baru tahu..sg wang berasal dari nama tempat tokey lombong...dan juga sagun tu buat dari kerak nasi..pernah makan sebab ada rakan dari kelantan yg bawak dari sana..

    Boleh tahan gak Opah nakal masa kecik yer..he3..

    ReplyDelete
  2. Rezza, Nakal tak ape, jangan jahat!!!

    ReplyDelete