Tuesday, April 3, 2012

Membina Masjid

Tanggal 24 hb Mac 2012, Opah dan Tok Wan pergi KL atas urusan perkahwinan anak buah.  Anak abang bukannya ramai, tunggal aje.  Jadi kena le pergi.  Kalau tak pergi, dah tak ada peluang nak bantu dia.  Bukan macam Opah yang berderet anak macam gerabak kereta api.

Tanggal 31 Mac, abang dah mula buat kenduri di sebelah lelaki.  Kenduri menyambut menantu.  Dari 29 Mac lagi dah sibuk dengan merebus telur dan menyediakan buah tangan (goodies) untuk diberikan pada jemputan.  Keluarga Opah kecil, 4 beradik aje.  4 beradik pun, yang ada anak hanya Opah 5 orang, abang seorang, kakak sulung 2 orang dan kakak kedua 0 orang.  Dah le anak tak ramai, duduk jauh pula.  Cari makan katakan.....

Last2 tinggallah yang dah hampir senja dok buat kerje ni.  Dok tunduk menyusun itu ini, sampai naik sakit pinggang dibuatnya.

Hari Khamis ni terpaksa pula ke KL.  Cucu kakak sulung nak bersanding.  Letih kenduri abang tak habis lagi, tambah yang ni pula.  Tak pergi tak kena.  Pergi pun tak kena.  Kalau tak pergi, nanti kakak kecil hati.  Kalau pergi alamat tak kebahlah demam Opah dan pinggang terus sakit.

Kenapa le tahun ni ramai beno yang bina masjid.  Tahun bina masjid ke?????????????

3 comments:

  1. Haha...alya punye lg 4bulan stgh mak..kite g urut dulu befire smbung prepare eh...hii

    ReplyDelete
  2. haha...aku tgk td massage full body br rm45 jek sejam...ko r sponsor mak :P

    ReplyDelete
  3. Dah sampai masa dorang kut Opah...musim rezeki murah.Apa nak tunggu lagi kan Opah.

    ReplyDelete