Wednesday, April 25, 2012

Pening2...............

Tiap2 hari Opah pening.  Dulu orang kata dah pencen hidup senang.  RTM - Rehat, Tidur, Makan tapi Opah bukan kata nak rehat, nak makan pun kelam kabut.  Tidur jauh sekali.........

Masa mula2 buat rumah, tak la pening sangat.  Dah rumah hampir 90 peratus siap, mula la pening.  Pening bila nak pilih tiles - tiles hall, bilik, tandas, tarrace dan porch.  Rupanya bercerita bab tiles, ada macam2 tiles.  Malaysia bikin, Thailand bikin, Cina bikin, Sepanyol bikin dan macam2 negeri bikin.  Opah mana la tau!!!!

Bila kontraktor suruh pi pilih tiles kat kedai, apa lagi pergi le laki bini.  Tok Wan pilih, Opah pilih dan yang seronoknya bukan sekadar sehari aje pilih, sampai dua hari.  Dah la tu, jalan taman, nampak tiles orang cantik, mula nak tukar yang lain.  He!!!! nafsu2!!!!  Dah settle pilih, sampai le bill nak kena tambah.  Kontraktor beri ikut perjanjian, yang kita dok pilih yang cantik dan mahal!!!  Apa lagi nak pengsan tengok bill,,,,,,,Padan muka Opah dan Tok Wan...........

Hari ni pergi pilih cermin tingkap dan pintu,  Ni pun pening juga...... Mahal gila?????????????  Boleh papa kedana buat rumah la ni.......... Pening3x!!!!!!!


1 comment:

  1. Salam Opah...

    Aduh kesian Opah,dah 90% nak siap...kontraktor memang macam tu..mesti nak suruh kita ambik yg mahal,lebih mahal lebih untung lah dia.

    Apa2 pun Opah,Rezza doakan rumah Opah selamat siap dan semua nya dalam keadaan baik.

    ReplyDelete