Monday, April 2, 2012

Surprise!!!!!!!!!!!

Hari ni anak sulung Opah nak buat surprise, balik Tepen tak beritahu Opah.  Masa Opah dan Tok Wan tengah asyik breakfast, anak sulung Opah phone, tanya Opah kat mana.  Opah pun dengan relax beritahu Opah dengan Tok Wan breakfast di kaki Bukit Laru)

Masa phone, anak Opah beritahu yang dia akan balik petang.  Opah dengan Tok Wan pun budget yang dia akan tiba lewat petang.  Kebetulan hari ni sahabat kerja Tok Wan  meninggal dunia di Parit Buntar.  Tok Wan jak Opah pergi melawat.  Baru lebih kurang 5 km, anak sulung Opah called.  Opah tanya dia di mana sebenarnya.  Rupa2nya dia dah sampai di Tepen, tengah breakfast di Simpang sorang2.

Nasib baik dia call.  Kalau tak jadi pak pacak le dia depan pintu.  Opah dan Tok Wan patah semula ke Tepen. Ambil dia untuk pergi menziarah jenazah.

Kes anak sulung Opah ni sama juga dengan kes anak nombor 2 yang balik tak beritahu.  Masa dia sekeluarga balik, berselisih dengan Opah nak keluar tengok rumah baru.  Kalau tak selisih, jawabnya duduk le kamu anak beranak sampai Opah balik.  Kalau balik cepat, syukur.  Kalau Opah terus sampai malam baru balik, baru padan muka!!!!!

Untuk anak cucu Opah, jangan nak buat surprise bab balik rumah.  Kalau Opah dengan Tok Wan kat Tepen, allright, kalau dah keluar kawasan, alamat start kereta cari hotel le!!!!!!!!!!!

1 comment:

  1. he3....anak2 sekali sekala nak surprise...nasib kali ni jadik.Kalau tak jadi tidur luar lah jawab nya....

    ReplyDelete